Permakluman Terkini Mengenai Pelajar Tahun Akhir Pengajian Sesi 2019/2020 (KURSUS BPTC)
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT LONDON BILANGAN 21/2020
Kepada:
Semua Pelajar Tahun Akhir (Kursus BPTC) Pengajian Sesi 2019/2020 Biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam Di United Kingdom Dan Ireland
Permakluman Terkini Mengenai Pelajar Tahun Akhir Pengajian (Kursus BPTC)
Sesi 2019/2020 yang berhasrat untuk kembali ke United Kingdom < sila klik >
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar tahun akhir (Kursus BPTC) pengajian sesi 2019/2020 yang berhasrat pulang kembali ke United Kingdom agar memastikan:
- Memohon ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dengan menghadapkan dokumen sokongan iaitu pengesahan universiti bagi kebenaran penyambungan visa dan kursus.
- Pelajar yang telah mendapat kebenaran kursus dan visa dari pihak universiti untuk kembali ke United Kingdom hendaklah membuat urusan penyambungan visa sendiri.
- Sila ambil perhatian dan adalah dinasihatkan agar pelajar untuk tidak kembali ke United Kingdom jika pihak universiti tidak memberi kebenaran ‘extension visa’ kerana pihak universiti boleh mengarahkan pelajar untuk balik semula ke negara asal.
- Pelajar tidak akan diberikan ‘Grace Period’ untuk berada di United Kingdom jika visa telah mansuh oleh pihak ‘Home Office United Kingdom’.
Akhirnya, didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.
Wassalam.
Raja Berwawasan, Negara Gemilang
Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London