Permakluman Umum Mengenai Tempat Tinggal Dan Visa Yang Berkaitan Dengan COVID-19

16 April 2020

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 16/2020

 

KEPADA: SEMUA PELAJAR BRUNEI YANG MENUNTUT DI UNITED KINGDOM DAN IRELAND

 

 

Permakluman Umum Mengenai Tempat Tinggal Dan Visa Yang Berkaitan Dengan COVID-19

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar berkenaan mengenai perkara berikut seperti yang dipaparkan di dalam laman sesawang https://www.ukcisa.org.uk bagi apa jua persoalan pelajar-pelajar yang berkaitan dengan tempat tinggal dan visa.

 

TEMPAT TINGGAL:

Kerajaan United Kingdom telah mengeluarkan panduan mengenai dengan pelajar-pelajar yang tinggal di Halls of Residence, yang membenarkan mereka terus menetap sekiranya pelajar tidak dapat pulang ke negeri masing-masing.  Sekiranya pelajar dikehendaki keluar dari tempat tersebut, maka penyedia penginapan hendaklah memberi bantuan untuk pelajar mencari ejen bagi penginapan yang baru.

 

Bagi penyewa rumah-rumah persendirian, landlord  hendaklah memberikan notis sekurang-kurang tiga(3) bulan [enam (6) bulan bagi Scotland] sekiranya mereka memerlukan pelajar-pelajar untuk meninggalkan rumah tersebut sebelum kontrak tamat.

 

 

VISA

Home Office telah mengarahkan Penaja Tier 4 untuk tidak memberhentikan visa pelajar melainkan dengan alasan menarik diri dari kursus atau alasan-alasan yang tidak berkaitan dengan pandemik COVID-19.

 

Bagi visa Tier 4 yang telah dan akan mansuh dalam tempoh 24 Januari 2020 sehingga 31 Mei 2020, dan pelajar tidak dapat meninggalkan UK dalam tempoh tersebut, peruntukan percuma telah diberikan untuk melanjutkan tempoh visa sehingga 31 Mei 2020 tanpa perlu membuat permohonan ‘visa extension’.

 

Penaja Tier 4, ia itu institusi pengajian pelajar sentiasa memantau dan memaklumkan perkara yang diperlukan berkaitan dengan pembelajaran secara atas talian. Sekiranya pelajar menghadapi apa-apa masalah yang menjejaskan pembelajaran atau online assessment, pelajar hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada institusi masing-masing.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ukcisa.org.uk/Information--Advice/Studying--living-in-the-UK/Coronavirus-Covid-19-info-for-international-students.

 

Didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t. dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.

 

Sekian disampaikan.

 

WASSALAM

 

 

PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN