TERKINI: PERMAKLUMAN PENTING MENGENAI CORONAVIRUS (COVID-19) PANDUAN NASIHAT PERJALANAN
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 11/2020
KEPADA: SEMUA PELAJAR PERSENDIRIAN, PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN & SBPP
YANG BERADA DI UNITED KINGDOM
TERKINI:
PERMAKLUMAN PENTING MENGENAI CORONAVIRUS (COVID-19)
PANDUAN NASIHAT PERJALANAN
Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka dengan ini Unit Penuntut-Penuntut selaras dengan Jabatan Perdana Menteri mengemaskinikan Surat Keliling yang berkaitan dimana semua pelajar dinasihatkan mengikut panduan perjalanan mengenai langkah-langkah persediaan dan pencegahan jangkitan Coronavirus (COVID-19) yang perlu dilaksanakan selaras dengan penelitian semula Kementerian Kesihatan ke atas risiko negara-negara terjejas seperti di Jadual mengikut kategori berikut:
Risiko Kategori |
Negara/Kawasan |
Nasihat Perjalanan |
Nasihat sekembali balik ke UK/ Ireland |
KATEGORI A Negara-Negara Yang Menunjukkan Penularan Jangkitan Yang Berterusan |
Hubei, Zhejiang dan Jiangsu di Republik Rakyat China, Republik Islam Iran dan Itali |
Menangguhkan daripada membuat perjalanan yang tidak penting ke Negara-Negara kategori A. |
Semua pelajar hendaklah menjalani pengasingan diri (self isolation ) selama 14 hari sebaik saja tiba |
KATEGORI B Negara-Negara Yang Menunjukkan Penularan Yang Terhad Tetapi dilaporkan Mempunyai Kluster Bersaiz Besar |
France, Germany, Hong Kong, Jepun dan Singapore |
Menangguhkan daripada membuat perjalanan yang tidak penting ke Negara-Negara dibawah kategori B dan C |
Semua pelajar hendaklah melaksanakan pemantauan diri (self-monitoring) selama 14 hari tanpa perlu mengasingkan diri daripada orang lain. |
KATEGORI C Negara-Negara Lain Yang Menunjukkan Penularan Setempat
|
Macau, Chinese Taipei, Malaysia (kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan), Thailand, United Kingdom, United States Of America dan Vietnam |
Menangguhkan daripada membuat perjalanan yang tidak penting ke Negara-Negara dibawah kategori B dan C |
dan semua pelajar hendaklah terus menghadiri kuliah selepas tiba balik ke UK/Ireland. Jika mempunyai simtom-simtom deman panas atau tanda-tanda jangkitan pernafasan seperti batuk, selsama dan susah bernafas semua pelajar perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera di pusat-pusat kesihatan (GP) |
KATEGORI D Kes-kes berasingan |
Lain-lain Negara/kawasan/tadahan yang terlibat dengan COVID-19 |
1. tidak ada sekatan perjalanan tertentu ke negara-negara ini 2. Mana-mana pelajar yang membuat perjalanan ketempat berkenaan dinasihatkan i.menjaga kesihatan ii.Menjaga kebersihan diri iii. Memakai mask jika tidak sihat iii Mengelakkan tempat-tempat yang sesak
|
Semua pelajar dinasihatkan Mengawasi kesihatan anda untuk simptom demam dan gejala pernafasan lain dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera. |
Semua pelajar dinasihatkan untuk mengelakkan dari bercuti melancong keluar negeri pada musim cuti easter yang akan menjelang tidak lama lagi.
- Walau bagaimanapun, semua pelajar yang menghadiri seminar penempatan sementara atau lawatan wajib dan seumpamanya adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berwaspada ketika berada di luar negeri seperti berikut:
i. Menjaga kesihatan ;
ii. Menjaga kebersihan diri (Personal Hygiene)
iii. Mengelakkan tempat-tempat yang sesak; dan
iv Jika sakit semasa di luar negeri, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
- Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi arahan kuarantin dan pengasingan diri (self-isolation) yang boleh membahayakan orang ramai maka pihak yang berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang keatas pelajar.
- berhubung dengan talian 111 untuk nasihat seterusnya dan tidak membuat perjumpaan GP, farmasi atau hospital;
- Bagi kawasan Scotland, sila hubungi GP atau NHS24 di talian 111;
- Bagi kawasan Wales, sila hubungi talian 111 (jika ada) atau 0845 46 47;
- Northern Ireland, sila hubungi talian 111.
- langkah-langkah keselamatan juga ada dipaparkan di laman sesawang https://www.upp.org.uk/ dan pelajar-pelajar juga boleh melayari https://www.gov.uk/guidance/coronavirus-covid-19-information-for-the-public bagi mendapatkan maklumat terkini di United Kingdom dan nasihat mengenainya.
- Mana-mana pelajar biasiswa kerajaan yang tidak mematuhi peraturan / nasihat perjalanan maka pihak UPP akan mengambil tindakan yang sesuai menurut peraturan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini.
- Semua pelajar yang ingin keluar negeri dinasihatkan untuk membuat permohonan melalui UPP menggunakan e-form sekurang-kurangnya dua(2) minggu sebelum membuat perjalanan.
Didoakan agar semoga semua pelajar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan dihindarkan dari musibah penyakit ini.
Sekian disampaikan.
“Jimat Air Amalan Mulia”
Wassalam
PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN