TERKINI: PERMAKLUMAN PENTING MENGENAI CORONAVIRUS (COVID-19)
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 10/2020
KEPADA: SEMUA PELAJAR PERSENDIRIAN, PELAJAR PENERIMA BIASISWA KERAJAAN & SBPP YANG BERADA DI UNITED KINGDOM
TERKINI:
PERMAKLUMAN PENTING MENGENAI CORONAVIRUS (COVID-19)
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar-pelajar yang menuntut di United Kingdom bahawa Unit Penuntut-Penuntut ingin memberikan peringatan sebagai langkah keselamatan mengenai dengan coronavirus (COVID-19). Setakat 3 Mac 2020, seramai 51 kes COVID-19 telah dilaporkan positif di United Kingdom. Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom telah mengisytiharkan bahawa tahap risiko pada masa ini meningkat dari rendah kepada sederhana.
Bagi pelajar-pelajar yang pulang dari negara-negara di dalam jadual berikut,
Bil. |
Negara/Kawasan |
Tempoh lawatan |
Tanda/Gejala |
1. |
Wilayah Hubei China |
14 hari kebelakangan |
Walaupun tidak mengalami gejala |
2. |
Iran, kawasan ‘lockdown’ Itali Utara* atau zon penjagaan khas Korea Selatan** |
sejak 19 Februari |
Walaupun tidak mengalami gejala |
3. |
mainland China atau Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, Macau, Malaysia, Singapura, Taiwan atau Thailand |
14 hari kebelakangan |
Mengalami batuk, suhu tinggi atau sesak nafas (walaupun gejala ringan) |
4. |
Itali Utara (utara Pisa, Florence dan Rimini), Kemboja, Laos, Myanmar atau Vietnam |
sejak 19 Februari |
Mengalami batuk, suhu tinggi atau sesak nafas (walaupun gejala ringan) |
- kawasan ‘lockdown’ Itali Utara – Codogna, Castiglione d’Adda, Casalpusterlengo, Fombio, Maleo, Somaglia, Bertonico, Terranova dei Passerini, Castelgerundo dan San Fiorano.
- Zon penjagaan khas Korea Selatan – Daegu dan Cheongdo.
adalah dinasihatkan dengan segera untuk
- berhubung dengan talian 111 untuk nasihat seterusnya dan tidak membuat perjumpaan GP, farmasi atau hospital;
- Bagi kawasan Scotland, sila hubungi GP atau NHS24 di talian 111;
- Bagi kawasan Wales, sila hubungi talian 111 (jika ada) atau 0845 46 47;
- Northern Ireland, sila hubungi talian 111.
Dinasihatkan juga agar pelajar akan menghubungi Unit Penuntut-Penuntut dengan segera.
Langkah-langkah keselamatan juga ada dipaparkan di laman sesawang https://www.upp.org.uk/ dan pelajar-pelajar juga boleh melayari https://www.gov.uk/guidance/coronavirus-covid-19-information-for-the-public bagi mendapatkan maklumat terkini di United Kingdom dan nasihat mengenainya.
Didoakan agar semoga semua pelajar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan dihindarkan dari musibah penyakit ini.
Sekian disampaikan.
“Jimat Air Amalan Mulia”
Wassalam
PG ALI SHAFIE BIN PG HJ ABAS
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN