Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT LONDON
BILANGAN 18/2020
Kepada: Semua Pelajar Negara Brunei Darussalam Di United Kingdom Dan Ireland
Dengan hormat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Ahad 01 Syawal 1441 / 24 Mei 2020 sukacita Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi.
Untuk makluman, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang melanda pada ketika ini, Sembahyang Raya Aidilfitri dan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang lazimnya diadakan di Brunei Hall akan ditiadakan.
Dalam hal ini, Pihak UPP ingin menasihatkan semua pelajar untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garispandu yang ditetapkan oleh kerajaan United kingdom serta sentiasa mengikuti perkembangan mengenai COVID-19 di United Kingdom dan Ireland.
Akhirnya, didoakan semoga semua pelajar sentiasa dalam perlindungan Allah subhanahu Wata’ala, dan dihindarkan dari musibah penyakit COVID-19.
Wassalam
Selamat Hari Raya Aidilfitri
‘Stay Alert....Control The Virus.... Save lives’
Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN