UPLOAD KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 / 2 SESI 2019/2020 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT
03 January 2020
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 02/2020
MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER / PENGGAL 1 / 2 SESI PENGAJIAN 2019/2020 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT
Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas.
- Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama kepada penerima Biasiswa kerajaan dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk menghadapkan / memuatnaik keputusan peperiksaan semester / penggal pertama / kedua sesi pengajian 2019/2020 DAN Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor melalui UPP Online portal masing-masing bermula 01 March 2020 hingga 15 Mac 2020.
- Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis (for none exam / research based – PhD Students) hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.
- Sekiranya Personal Tutor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan melalui emel ke academic@upp.org.uk dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel.
- Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.
- Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut Penuntut di London sedia membantu dalam apa jua cara yang kita boleh, sama ada secara akademik atau peribadi.
- Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.
PAUTAN :
- MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER / PENGGAL 1 / 2 SESI PENGAJIAN 2019/2020 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT - < click > Circular
- Academic Progress Report - <Click > Borang