Memuatnaik Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit)
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 12 / 2021
< sila klik bagi muaturun surat pemakluman dan borang peperiksaan ulangan >
Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan
Memuatnaik Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit)
Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas.
Dengan ini ingin memaklumkan dan mengingatkan kepada semua penuntut penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan yang telah gagal didalam peperiksaan iaitu modul atau subjek tertentu supaya akan dapat menghadapkan dengan memuatnaik borang tersebut melalui UPP ONLINE PORTAL masing-masing atau di emel terus kepada Pegawai Penyelaras Akademik (ac@upp.org.uk atau academic@upp.org.uk) jika dikehendaki menduduki peperiksaan ulangan (resit) oleh pihak universiti masing-masing.
Sila hadapkan permohonan tersebut bersama dokumen-dokumen berikut:
- Surat permohonan peribadi kepada Pengarah Pengajian untuk memohon kebenaran menduduki peperiksaan ulangan (resit)
- Salinan keputusan peperiksaan
- Surat / dokumen dari universiti yang membenarkan penuntut menduduki peperiksaan ulangan (resit) sama ada;
- WITH attendance
- WITHOUT attendance
Segala permohonan untuk menduduki peperiksaan mengulang (resit) hendaklah dihadapkan TIDAK LEWAT pada 15 OGOS 2021 bagi mengelakkan sebarang kelewatan elaun biasiswa bulanan.
Bersama ini disertakan pautan BORANG PERMOHONAN BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT).
Akhirnya didoakan semoga semua penuntut Negara Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan beroleh kejayaan didalam menimba ilmu dan sentiasa berada didalam keadaan sejahtera Inshaa Allah.
Sekian. Wassalam.
“ Alam Sekitar Bersih Untuk Masa Depan “
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London