MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2020/2021 MELALUI UPP ONLINE PORTAL

18 June 2021

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 11 / 2021

< Sila Klik muaturun surat permakluman>

 

Kepada: Semua Penuntut Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan Skim Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan

 

MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2020/2021 MELALUI UPP ONLINE PORTAL

 

Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan  dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut di atas.

 

PENUNTUT TAHUN AKHIR SESI 2020/2021

 

  1. Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang Inshaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2020/2021 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus diperolehi nanti TIDAK LEWAT PADA 15 OGOS 2021. Transkip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui UPP Online (add result) masing-masing. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkip masing-masing akan melambatkan proses tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.

 

  1. Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan DIMESTIKAN untuk melapor diri kepada Cikgu Erna Sumarne Haji Sumardi, Penyelaras Akademik di UPP sebelum balik ke tanahair bagi urusan ‘clearance’ melalui kaedah ‘zoom’(Sila buat temu janji untuk sesi zoom). Waktu pejabat adalah dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9:30 Pagi hingga 4:30 Petang sahaja (Pejabat ditutup pada hari-hari cuti awam).

 

PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2020/2021

 

  1. Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2021/2022 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuatnaik Transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP (add result) Online Portal selewat-lewatnya pada 15 September 2021. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.

 

Sekian. Wassalam.

 

 “ Alam Sekitar Bersih Untuk Masa Depan “

 

 

 

Mohammad Danny bin Aimi

 Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London