Pelajar Tahun Akhir Sesi 2020/2021 Postgraduate Master BAR PhD FY2 Doktor Pakar ST
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT LONDON BILANGAN 10 -2021 < sila klik muaturun >
Kepada Semua Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Belajar di United Kingdom dan Ireland
- Pelajar Tahun Akhir Foundation Year Yang Tamat Latihan FY2 atau Latihan Doktor Pakar Specialty Training (ST) Sesi 2020/2021
- Pelajar Tahun Akhir Sarjana (Postgraduate), Professional atau PhD Sesi 2020/2021
Sehubungan dengan Pandemik Covid-19 di United Kingdom, penerbangan Royal Brunei terbatas kepada hanya satu kali dalam satu bulan sahaja seperti berikut:
Jadual Penerbangan DiRaja Brunei dari Bulan Jun 2021 hingga Oktober 2021
|
|||||
BIL |
PERJALANAN |
BULAN |
TARIKH |
JAM BERTOLAK |
JAM TIBA |
1
|
BRUNEI KE LONDON |
JUN |
19 JUN 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
20 JUN 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
2
|
BRUNEI KE LONDON |
JULAI |
10 JULAI 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
11 JULAI 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
3
|
BRUNEI KE LONDON |
OGOS |
07 OGOS 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
08 OGOS 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
4
|
BRUNEI KE LONDON |
SEPTEMBER |
11 SEPTEMBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
12 SEPTEMBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
5
|
BRUNEI KE LONDON |
OKTOBER |
09 OKTOBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
10 OKTOBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
PERHATIAN : Jadual Penerbangan Ini Tertakluk Kepada Perubahan
Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang berada di tahun akhir bagi perkara 1 dan 2 seperti di atas sesi 2020/2021 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut:
- Tempahan Tiket Penerbangan.
- Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) ke Tanah Air.
- Laporan Perkembangan Latihan (Doktor FY2 atau Doktor Pakar ST sahaja)
- Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom.
- Melapor Diri Ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke Tanah Air.
- Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang.
- Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
- Urusan Tuntutan Perbelanjaan.
- Urusan Melapor Diri ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar boleh merujuk ‘link’ yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas.
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar tahun akhir pengajian sesi 2020/2021 yang berkenaan bahawa Unit Penuntut-Penuntut telah menerima maklumat terkini mengenai status borang melapor diri setelah tamat pengajian semasa pandemik COVID-19. Perkara ini akan dipanjangkan di bahagian Melapor diri.
Seterusnya dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan dengan segera melalui emel kepada flightbooking@upp.org.uk . KELEWATAN menghantar borang menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang.
Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini. Seterusnya pihak UPP juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di United Kingdom dan Ireland.
Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-Penuntut mendoakan agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara kita yang tercinta.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
“Alam Sekitar Bersih Untuk Masa Depan”
Wassalam.
MOHAMMAD DANNY BIN AIMI
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN