Permakluman Bagi Semua Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Berkelayakan Menerima Tambang Kerajaan (Biennial Leave)
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 03/2021
Permakluman Bagi Pelajar-Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Berkelayakan Menerima Tambang Kerajaan
(Biennial Leave / Electives) Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian Dan Menyambung Pengajian Bagi Sesi 2021/2022
Sehubungan dengan Pandemik Covid-19 di United Kingdom, penerbangan Royal Brunei terbatas kepada hanya satu kali dalam satu bulan sahaja seperti berikut:
Jadual Penerbangan DiRaja Brunei dari Bulan Mac 2021 hingga Oktober 2021
|
|||||
BIL |
PERJALANAN |
BULAN |
TARIKH |
JAM BERTOLAK |
JAM TIBA |
1
|
BRUNEI KE LONDON |
MAC |
12 MAC 2021 |
09:00 |
15:40 |
LONDON KE BRUNEI |
13 MAC 2021 |
11:35 |
08.40 (+ 1 HARI) |
||
2
|
BRUNEI KE LONDON |
APRIL |
10 APRIL 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
11 APRIL 2021 |
13:00 |
09:40 (+ 1 HARI) |
||
3
|
BRUNEI KE LONDON |
MEI |
08 MEI 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
09 MEI 2021 |
11:45 |
08.25 (+1 HARI) |
||
4
|
BRUNEI KE LONDON |
JUN |
19 JUN 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
20 JUN 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
5
|
BRUNEI KE LONDON |
JULAI |
10 JULAI 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
11 JULAI 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
6
|
BRUNEI KE LONDON |
OGOS |
07 OGOS 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
08 OGOS 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
7
|
BRUNEI KE LONDON |
SEPTEMBER |
11 SEPTEMBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
12 SEPTEMBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
8
|
BRUNEI KE LONDON |
OKTOBER |
09 OKTOBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
10 OKTOBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
PERHATIAN : Jadual Penerbangan Ini Tertakluk Kepada Perubahan
A. SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:
- Pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk menerima tambang Kerajaan Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian / Cuti Biennial (Biennial Leave) atau dwitahunan bagi sesi 2020/2021, bolehlah menghadapkan Borang Tempahan Penerbangan bagi Biennial Leave - Flight Reservation Application Form (FRAF) yang boleh didapati dari laman web upp.org.uk . Semua borang-borang tersebut hendaklah dihadapkan kepada Unit Penuntut-Penuntut (UPP) atau emel ke flightbooking@upp.org.uk pada atau sebelum 31 Mac 2021.
- Pada dasarnya pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulang selepas mereka menerima keputusan peperiksaan bagi pengajian sesi 2020/2021. Tujuannya adalah bagi membantu pelajar yang gagal atau yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan ulangan (resit) membuat persediaan dan menduduki peperiksaan mereka semasa berada di United Kingdom bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berbangkit.
- Walau bagaimanapun, jika para pelajar berhasrat untuk pulang sebelum keputusan peperiksaan/pengajian mereka diterima, para pelajar boleh menghadapkan permohonan bagi mendapat kebenaran dan pengeluaran tiket penerbangan mereka kepada Pengarah Pengajian. Sehubungan dengan itu, UPP telah menyediakan Borang Biennial Leave Form - (BLF) yang boleh dimuat turun dari laman web upp.org.uk untuk para pelajar lengkapkan dan tandatangani. Hadapkan atau email borang tersebut bersama-sama dengan borang-borang tempahan penerbangan (FRAF) tersebut ke UPP pada atau sebelum tarikh tutup penerimaan borang tempahan.
- Para pelajar yang berhak menerima tambang kelayakan bagi cuti biennial adalah tidak dibenarkan untuk menangguhkan penggunaan tambang kelayakan sehingga melimpasi tahun kewangan (Mac 2022). Oleh sebab yang demikan, semua pelajar adalah diingatkan untuk menggunakan tambang kelayakan di dalam tempoh masa yang sepatutnya.
- Sekiranya perlu mengawalkan atau menangguhkan tambang kelayakan itu atas sebab-sebab yang munasabah dan kukuh, maka pelajar hendaklah menulis surat permohonan dengan segera kepada Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut untuk mendapatkan kebenaran, dengan menyatakan alasan yang kukuh bagi permohonan penangguhan tambang tersebut. Penggunaan peruntukan tambang Biennial Leave secara kebelakangan atau membuat tuntutan secara kebelakangan bagi pembayaran pembelian tiket Biennial Leave (jika tiket dibeli oleh pelajar sendiri) adalah tidak dapat dipertimbangkan.
- Para pelajar yang sedang bercuti biennial HENDAKLAH memuat naik (upload) DENGAN SEGERA sebaik saja menerima keputusan peperiksaan pengajian melalui UPP Online Portal masing-masing atau melalui email ke academic@upp.org.uk. Kegagalan dalam memuatnaik (upload) keputusan yang lengkap dan sah, akan menjejaskan pembayaran elaun bagi sesi berikutnya nanti.
- Dalam hal berkaitan, setiap pelajar yang sedang mengambil cuti Biennial, adalah juga sangat disarankan untuk melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat seperti menyertai aktiviti-aktiviti intelektual dan riadah anjuran Brunei Students Union atau Kementerian Pendidikan yang diadakan di tanah air.
- Pelajar adalah juga digalakkan untuk memohon bagi menjalani latihan penempatan (work attachments) di kementerian-kementerian atau sektor-sektor swasta mengikut kesesuaian kursus masing-masing. Pelajar dikehendaki untuk menghubungi Pegawai Penyelaras Akademik Unit Penuntut-Penuntut bagi urusan permohonan dan penempatan.
B. PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR
- E-tiket hanya akan dikeluarkan sekurang-kurang dua minggu sebelum tarikh penerbangan. Pelajar bolehlah datang sendiri mengambilnya di UPP atau mencetaknya sendiri secara online. Tempahan tiket penerbangan tidak akan diproses jika borang-borang berikut tidak lengkap diisikan dan dihadapkan kepada pihak UPP sebelum 31 Mac 2021 dan salinan paspot dan visa terkini tidak dimuatnaik ke dalam student portal iaitu:
a. |
Checklist permohonan bagi tempahan tiket penerbangan Biennial Leave & Elektif (bagi pelajar perubatan sahaja);
|
b. |
Flight Reservation Application Form (FRAF);
|
c. |
Borang Pelajar Tahun Dua pulang awal sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan (BLF).
|
- Para pelajar yang akan menggunakan lapangan terbang yang dibenarkan oleh pihak RBA seperti Dublin / Belfast / Edinburgh /Glasgow/ Aberdeen/ Manchester / Leedshendaklah menyatakan dengan jelas di dalam borang tempahan penerbangan yang disediakan. Perjalanan yang menggunakan pengangkutan darat seperti teksi, bas atau kereta api tidak perlu dimasukkan dalam borang tempahan tiket, FRAF.
- Pihak UPP akan menghadapkan semua borang-borang tempahan penerbangan kepada pihak syarikat penerbangan dan semua proses tempahan tiket akan dibuat oleh pihak syarikat penerbangan setelah disahkan dan dibenarkan oleh UPP.
Dalam hal ini, para pelajar dinasihatkan untuk membuat perancangan yang teratur:
a. |
bagi menggelakkan sebarang perubahan pada tarikh penerbangan yang berkemungkinan pelajar akan dikenakan pembayaran tambahan;
|
b. |
Berkemunkinan tidak ada kekosongan untuk tempahan bagi tarikh penerbangan baru
|
4. Merujuk Surat Permakluman UPP Bil. 15/2019, semua pelajar di bawah Biasiswa Kerajaan hendaklah membuat tempahan penerbangan melalui UPP. Permohonan tuntutan pembayaran balik bagi tiket yang dibeli secara persendirian tidak akan dipertimbangkan.
- Para pelajar berhak untuk menuntut tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat pengajian ke Lapangan Terbang Heathrow kecuali mereka yang menggunakan kemudahan di Para B, nombor 2 di atas. Tuntutan bolehlah dihadapkan kepada UPP dengan menggunakan BORANG TUNTUTAN A (LAMPIRAN A) dan SENARAI SEMAK B.T.A. (LAMPIRAN B)serta menyertakan resit asal perjalanan/penyata bank. Pihak UPP hanya akan membayar tuntutan tersebut mengikut kadar di dalam garis panduan yang telah dibenarkan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan hendaklah dihadapkan kepada pihak UPP sebelum 31 Januari 2022.
- Kadar maksimum bagi berat bagasi yang dibenarkan oleh pihak RBA bagi penerbangan yang bertolak dari Lapangan Terbang Heathrow ke Negara Brunei Darussalam adalah 40 kg bagi kelas Q dan 45 kg bagi kelas yang lain (tertakluk kepada peraturan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei).
Sekiranya bagasi pelajar melebihi kadar maksimum, kosnya akan ditanggung sendiri oleh pelajar tersebut. Bayaran tambahan yang dikenakan pada masa ini bagi penerbangan RB adalah kira-kira £35 bagi setiap satu (1) kg. Walau bagaimanapun pada musim pandemik Covid-19 yang masih melanda UK Ketika ini, perkhidmatan kaunter untuk excess baggage di Lapangan Terbang adalah ditiadakan buat sementara waktu. Pelajar bolehlah membeli bagasi secara online. Harga pembelian bagasi secara advanced akan ditutup 24 hours before departure di laman web Royal Brunei adalah seperti berikut:
BIL |
BERAT |
HARGA |
1. |
1 Kg |
£32.50 |
2. |
5 Kg |
£81.70 |
3. |
10 Kg |
£146.80 |
4. |
20 Kg |
£292.80 |
5. |
35 Kg |
£512.60 |
Manakala kadar berat bagasi bagi pelajar yang bertolak dari lapangan terbang domestik menggunakan British Airways (BA) seperti Dublin / Belfast / Edinburgh / Glasgow / Aberdeen / Manchester / Leeds adalah 30kg sahaja sepanjang perjalanan pergi/balik ke/dari Negara Brunei Darussalam.
Manakala bagi pelajar yang menggunakan penerbangan domestik British Airways (BA), kos bayaran tambahan bagasi yang melebihi kadar maksimum juga ditanggung sendiri oleh pelajar berkenaan sepertimana surat makluman daripada Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan, bil: KPE/UB/S/2/4(2015)/J1(03) bertarikh 28 Rabiulakhir 1436 bersamaan 18 Februari 2015.
Bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak British Airways tertakluk kepada tempat lapangan terbang berkenaan yang mana kadarnya bolehlah didapati dengan melayari laman web:https://www.britishairways.com/en-gb/information/baggage-essentials/extra-overweight-baggage
Pelajar juga hendaklah memastikan bahawa berat bagi setiap beg adalah tidak melebihi kadar maksima 30 kg. Setiap pelajar adalah juga dibenarkan untuk membawa satu ‘hand luggage’ pada kadar maksima 7 kg dan satu computer riba (laptop).
7. Para pelajar yang dikehendaki menduduki peperiksaan semula (resit) atau mengulang semula pengajian, hendaklah menghadapkan permohonan dengan segera kepada Pengarah Pengajian Unit Pelajar-Pelajar. Sila isikan ‘Borang Permohonan bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit)’ yang boleh didapati di laman web upp.org.uk dan sertakan bersama surat kebenaran menduduki peperiksaan semula (resit) atau mengulang daripada pihak universiti. Jika pelajar berhasrat menduduki peperiksaan semula di Negara Brunei Darussalam, maka pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti. Pelajar hendaklah menanggung sendiri perbelanjaan pentadbiran untuk menduduki peperiksaan resit tersebut. Pelajar hanya boleh menuntut semula yuran peperiksaan (examination fees), manakala pembayaran sewa tempat peperiksaan dan kos penghantaran kertas soalan adalah menjadi tanggungjawab pelajar itu sendiri.
8. Mulai tahun 2015, pelajar yang berhasrat untuk menukar tarikh balik ke UK/Ireland setelah bercuti di Negara Brunei Darussalam atas alasan seperti ingin menduduki peperiksaan ulangan, urusan penyambungan paspot atau visa yang belum selesai, ingin meluangkan lebih masa dengan keluarga, atau alasan-alasan lain, adalah DIMESTIKAN mengisikan borang “Request form –change of Date of Flight Returning Back to UK (CDF)”yang boleh didapati dalam laman web upp.org.uk Semua pembayaran berpunca daripada pertukaran tarikh balik ke UK adalah ditanggung oleh pelajar sendiri, dan e-tiket yang baru hanya akan dikeluarkan setelah pembayaran yang berkaitan (jika berkenaan sahaja iaitu jika tidak sama booking class). Permohonan untuk menukar tiket hanya dapat dibuat setelah mendapat kebenaran daripada pihak UPP.
9. Setiap pelajar biasiswa Kerajaan yang balik ke Negara Brunei Darussalam sama ada dengan tambang Kerajaan atau tambang sendiri adalah DIMESTIKAN untuk melapor diri ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Tingkat 5, Blok C, Bangunan Kementerian Pendidikan, Jalan Airport Lama, Berakas BB 3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat dari seminggu setelah selesai menghabiskan tempoh pengasingan diri di tanahair.
Dalam kesempatan ini, pihak UPP mendoakan agar semua pelajar akan sentiasa sihat walafiat dan sentiasa bersemangat dalam usaha untuk mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan semua pihak.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
“Hutan Adalah Warisan Negara“
Wassalam.
MOHAMMAD DANNY BIN AIMI
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
P A U T A N
- Students-Flight-Reservation-Documents-For-Biennial-Leave-and-Electives-2021
- Request Form Change Date of Flight Returning Back to UK