PERMAKLUMAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2020/2021
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 07/2021
PERMAKLUMAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2020/2021
Sehubungan dengan Pandemik Covid-19 di United Kingdom, penerbangan Royal Brunei terbatas kepada hanya satu kali dalam satu bulan sahaja seperti berikut:
Jadual Penerbangan DiRaja Brunei dari Bulan April 2021 hingga Oktober 2021
|
|||||
BIL |
PERJALANAN |
BULAN |
TARIKH |
JAM BERTOLAK |
JAM TIBA |
1
|
BRUNEI KE LONDON |
APRIL |
10 APRIL 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
11 APRIL 2021 |
13:00 |
09:40 (+ 1 HARI) |
||
2
|
BRUNEI KE LONDON |
MEI |
08 MEI 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
09 MEI 2021 |
11:45 |
08.25 (+1 HARI) |
||
3
|
BRUNEI KE LONDON |
JUN |
19 JUN 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
20 JUN 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
4
|
BRUNEI KE LONDON |
JULAI |
10 JULAI 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
11 JULAI 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
5
|
BRUNEI KE LONDON |
OGOS |
07 OGOS 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
08 OGOS 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
6
|
BRUNEI KE LONDON |
SEPTEMBER |
11 SEPTEMBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
12 SEPTEMBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
||
7
|
BRUNEI KE LONDON |
OKTOBER |
09 OKTOBER 2021 |
08:15 |
15:45 |
LONDON KE BRUNEI |
10 OKTOBER 2021 |
13:10 |
09:50 (+ 1 HARI) |
PERHATIAN : Jadual Penerbangan Ini Tertakluk Kepada Perubahan
Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Pertama sesi 2020/2021 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut:
- Tempahan Tiket Penerbangan.
- Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) ke Tanah Air.
- Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom.
- Melapor Diri Ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke Tanah Air.
- Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang.
- Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
- Urusan Tuntutan Perbelanjaan.
- Urusan Melapor Diri ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar boleh merujuk ‘link’ yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas.
Bagi memastikan proses melapor diri berjalan dengan lancar, sila pastikan semua perkara yang berkaitan telah disediakan lebih awal sebelum datang melapor ke UPP (sila rujuk “Jadual Melapor diri dan Checklist untuk melapor diri”).
Seterusnya dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 15 April 2021 dan diemelkan kepada flightbooking@upp.org.uk . KELEWATAN menghantar borang menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang.
Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini. Seterusnya pihak UPP juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di United Kingdom dan Ireland.
Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-Penuntut mendoakan agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara kita yang tercinta.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
“Hutan Adalah Warisan Negara“
Wassalam.
MOHAMMAD DANNY BIN AIMI
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN
External Links:
- Surat Permakluman UPP Bil 07/2021 - Pelajar Tahun Akhir Ijazah Pertama Sesi 2020/2021
- Flight Reservation Documents for Final Year Student
- Lampiran I (Surat Pengesahan Ibu Bapa Berkunjung ke UK)
- Lampiran II (Surat Pengesahan Ibu Bapa TIDAK Berkunjung ke UK)
- Shipment Form (SAF)
- a) Government Scholarship Students Report Form (Melapor Diri) - For Graduated Student
- b) SBPP Students Report Form - For Graduated Student
- c) Borang D (Borang Melapor Diri)
- Borang Tuntutan Pelajar Tahun Akhir (BTF)
- Lampiran C (Checklist Borang Tuntutan Pembayaran Balik Bagi Pelajar Tahun Akhir)