Majlis Bersama Rakyat 2022
Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada di United Kingdom 2022 Yang Terdiri daripada Penuntut, Pegawai Bertugas, Latihan Dalam Perkhidmatan dalam percutian bersama Keluarga
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 08 / 2022
Kepada: Semua Penuntut, Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom & Ireland.
MAJLIS BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA DI UNITED KINGDOM TERDIRI DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN DALAM PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA 2022.
Dengan hornat merujuk Pemakluman Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom bilangan BHCL: 20/8 bertarikh 13 Jamadil awal 1444H/ 07 Disember 2022M mengenai perkara tersebut di atas.
Sehubungan dengan itu, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima Biasiswa Kerajaan, Swasta dan Persendirian yang berdaftar di Unit Penuntut-Penuntut adalah diundang untuk hadir di Majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut:
Tarikh : 24 Jamadilawal 1444H / 18 Disember 2022
Hari : Ahad
Tempat : London Hilton on Park Lane, Mayfair W1K 1BE
Pendaftaran bagi Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam di United Kingdom 2022 adalah secara online melalui lama sesawang Unit Penuntut – Penuntut di pautan link mbruk.org tidak lewat pada Hari Jumat 22 Jamadilawal 1444H/ 16 Disember 2022M, jam 12.00 malam waktu United Kingdom.
Kepada para pelajar yang menuntut di United Kingdom yang belum berdaftar dengan Unit Penuntut-Penuntut adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Unit Penuntut-Penuntutuntuk mendapatkan “UPP online login details”
Manakala bagi ibu bapa atau keluarga yang berada dan sedang bercuti di United Kingdom adalah dialu-alukan untuk menghadiri majlis tersebut. Mereka juga dikehendaki untuk mendaftar melalui laman sesawang/ pautan link mbruk.org dan mendaftar dibawah kategori “Bruneian Visitor in the UK”.
Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
“Jimatkan Tenaga Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik”.
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN
Surat Makluman UPP bilangan 8/2022. MBR bersama Rakyat
Syarat dan Pendaftaran MBR2022
Garispanduan Tuntutan Bayaran Balik Tambang Perjalanan