MELAPOR DIRI BAGI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2021/2022

07 June 2022

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 07/2022

 

MELAPOR DIRI BAGI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR

PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2021/2022

 

Sesuai dengan perubahan penanganan covid-19 jadual penerbangan adalah seperti berikut:

 

Penerbangan RB beroperasi bulan Jun 2022

 

NO

SECTOR

FLIGHT NO.

DEPART

ARRIVE

EQUIP

EFF. DATES

1

BWN-LHR

BI003

07:55

15:55

B787

07-Jun-22

2

LHR-BWN

BI004

11:55

10.25 (next day)

B787

08-Jun-22

3

BWN-LHR

BI003

07:55

15:55

B787

14-Jun-22

4

LHR-BWN

BI004

11:55

10.25 (next day)

B787

15-Jun-22

5

BWN-LHR

BI003

07:55

15:55

B787

21-Jun-22

6

LHR-BWN

BI004

11:55

10.25 (next day)

B787

22-Jun-22

7

BWN-LHR

BI003

07:55

15:55

B787

28-Jun-22

8

LHR-BWN

BI004

11:55

10.25 (next day)

B787

29-Jun-22

 

Penerbangan RB beroperasi dari 1 Julai hingga 29 Oktober 2022

 

NO

SECTOR

FLIGHT NO.

DEPART

ARRIVE

Day of Operation

DATES RANGE

1

BWN-LHR

BI003

21:25

05:55(+ 1 Day)

Thursday

07 July to 29 Oct 2022

2

BWN-LHR

BI003

21:55

06:25(+ 1 Day)

Tuesday, Saturday

02 July to 29 Oct 2022

3

LHR-BWN

BI004

18:55

17:20(+ 1 Day)

Wednesday, Friday, Sunday

03 July to 29 Oct 2022

 

PERHATIAN : Jadual Penerbangan ini Tertakluk Kepada Perubahan

 

Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Pertama sesi 2021/2022 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut:

 

  1. Tempahan Tiket Penerbangan.
  2. Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) ke Tanah Air.
  3. Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom.
  4. Melapor Diri Ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke Tanah Air.
  5. Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang.
  6. Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
  7. Urusan Tuntutan Perbelanjaan.
  8. Urusan Melapor Diri ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar boleh merujuk ‘link’ yang berkaitan dengan perkara-perkara yang di atas.

 

Bagi memastikan proses melapor diri berjalan dengan lancar, sila pastikan semua perkara yang berkaitan telah disediakan lebih awal sebelum datang melapor ke UPP (sila rujuk “Jadual Melapor diri dan Checklist untuk melapor diri”).

 

Seterusnya dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 15 Jun 2022 dan diemelkan kepada flightbooking@upp.org.uk . KELEWATAN menghantar borang menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang.

 

Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini. Seterusnya pihak UPP juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di United Kingdom dan Ireland.

 

Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-Penuntut mendoakan agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara kita yang tercinta.

 

Sekian untuk makluman bersama mengenainya.

 

 

“ Melayu Islam Beraja Asas Perpaduan “

 

Wassalam.

 Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN

        MELAPOR DIRI BAGI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR

        PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2021/2022