Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Semester 1 2021/2022 Melalui UPP Online Portal

25 January 2022

Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan   


Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas. 
2. Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama kepada semua penerima Biasiswa kerajaan (MOE, MFA, YAYASAN & MORA) dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk menghadapkan / memuatnaik keputusan peperiksaan semester / penggal pertama sesi pengajian 2021/2022 dan Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Tutor melalui UPP Online portal masing-masing bermula 15 Februari 2022 hingga 15 Mac 2022.  
3. Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis  hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Advisor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas. 
4. Sekiranya Personal Tutor/Academic Advisor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan melalui emel ke ac@upp.org.uk dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel. 
5. Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.   
6. Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut Penuntut di London sedia membantu dalam apa jua cara yang kita boleh, sama ada secara akademik atau peribadi. 
7. Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.  
Sekian. Wassalam.
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut