Meninggi Tahap Pengajian bagi sesi pengajian September 2022/2023

04 February 2022

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 03 / 2022

 

 

Kepada: Semua Penuntut Biasiswa Kerajaan yang dijangka menamatkan pengajian pada sesi 2021/2022 (bukan diikatjanji sebagai Pendidik)

 

Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada Penuntut-Penuntut Biasiswa Kerajaan Tahun Akhir pengajian kursus Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) yang bukan diikatjanji sebagai Pendidik dan berhajat untuk Meninggi Tahap Pengajian bagi sesi pengajian September 2022/2023 adalah dipelawa untuk menghadapkan permohonan secara bertulis dan melengkapkan Borang  Permohonan bagi Ijazah Sarjana (Master Degree), Ikhtisas (Professional) dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) mengikut syarat-syarat yang dikuatkuasakan pada masa ini.

 

  1. Sehubungan itu, penuntut-penuntut adalah disarankan untuk membaca dan meneliti terlebih dahulu isi kandungan Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan Bilangan 06/2021 melalui link berikut sebelum membuat permohonan.

Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan, Bilangan: 06/2021 [Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke luar negeri (UMUM) bagi sidang akademik 2022/2023] (link Surat Pemberitahuan)

  1. Permohonan bagi Ijazah Sarjana (Master Degree), Ikhtisas (Professional) dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh dimuat turun dari laman sesawang https://www.moe.gov.bn. Borang tersebut hendaklah di hantar melalui emel ke applysholarship@moe.gov.bn dalam format asal (Excel).

 

  1. Pemohon adalah dikehendaki menghadapkan perkara berikut ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kaunter B3, Tingkat 5, Blok C, Kementerian Pendidikan

 

  • Borang Permohonan
  • Salinan kad pintar
  • Salinan surat tawaran tempat pengajian
  • Isi kandungan kursus (Course Content / Structure)
  • Salinan sijil dan dokumen yang disahkan (certified true copies) oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan / Pengetua / Pendaftar Mahkamah.
  • Surat Pengiktirafan sijil dan kursus dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Negara Brunei Darussalam (MKPK).

 

  1. Tarikh Mula Permohonan:  01 Februari 2022

                Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2022

                Kemasukan: Bermula Ogos / September 2022

 

Makluman:

Bagi pelajar-pelajar yang memohon dalam peringkat Ijazah Sarjana dan Ikhtisas bolehlah menggunakan keputusan di semester pertama tahun akhir pengajian mereka (Predicted result) bagi mempercepatkan proses-proses permohonan.

 

Walau bagaimanapun, keputusan permohonan akan berdasarkan keputusan sebenar (actual result) peperiksaan yang diperolehi dan hendaklah dihadapkan ke Jabatan Pengurusan Biasiswa sebaik sahaja keputusan tersebut dikeluarkan.

 

  1. Penuntut-penuntut yang berhasrat untuk mengikuti kursus lanjutan (Postgraduate) dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi adalah dikehendaki untuk mendapatkan sijil ATAS (Academic Technology Approval Scheme). Untuk memohon sijil ATAS, penuntut-penuntut dikehendaki mendapatkan:

               i)           ‘Conditional Offer’ dari Higher Education Institute

               ii)           Maklumat mengenai program yang diikuti termasuk kod CAH3

 

Sila rujuk laman web gov.uk untuk mengetahui lebih lanjut tatacara memohon sijil ATAS. Adalah disarankan supaya penuntut-penuntut memohon sijil ATAS empat (4) bulan sebelum visa tamat.

 

  1. Sayugia juga diingatkan supaya pelajar-pelajar terlebih dahulu memahami dan meneliti syarat-syarat utama dan tambahan bagi memohon kursus Ijazah Lanjutan, Ikhtisas dan Ijazah Falsafah Kedoktoran sepertimana yang ditetapkan di dalam Surat-Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan dan membuat perancangan serta pemilihan kursus secara teratur sebelum menghadapkan permohonan bagi sesi 2022/ 2023.

 

  1. Memandangkan pemakluman ini disiarkan lebih awal sebelum tarikh tutup, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk merancang dan menyediakan kertas cadangan lebih awal dan teratur terutama sekali sebelum peperiksaan akhir tahun.

 

  1. Sebagaimana lazimnya dan sedia maklum, proses penilaian adalah berpandukan kepada syarat-syarat yang tetah ditetapkan di dalam Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan termasuklah prestasi akademik, pemilihan kursus dan universiti serta sesi Multiple Mini Interview (MMI).

 

Sekian disampaikan untuk makluman dan apa jua tindakan mengenainya.

 

 

“ Menjayakan Wawasan Negara “

 

 

Mohammad Danny bin Aimi

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN: