Pelajar Tahun Akhir kursus Perubatan yang akan menjalani Latihan Foundation YR1 dan YR2 pada sesi 2022/2023

18 March 2022

Kepada: Pelajar Tahun Akhir kursus Perubatan yang tamat pengajian dan akan menjalani Latihan Foundation Year 1 dan Year 2 pada sesi 2022/2023.

  A)           STATUS AKADEMIK   
 1.            Mengikut dasar yang berjalan pada masa ini, pelajar Tahun Akhir seperti di atas adalah diarah untuk :-   
 (a)   Melapor diri di Unit Penuntut-Penuntut London dan Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan sebaik sahaja menamatkan pengajian kursus tersebut dalam tempoh seminggu setelah berada di Negara Brunei Darussalam.   
 (b)  Menyerahkan Borang D semasa melapor diri dan membawa salinan sijil dan transkrip untuk rekod Jabatan Pengurusan  Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan   
 (c)   Memaklumkan jika menerima tawaran untuk menjalani Latihan Foundation Year 1 dan Year 2 di United Kingdom.   
 2.            Selanjutnya, setiap bakal graduan perubatan yang telah mendapat tawaran (lebih awal sebelum balik untuk meneruskan latihan ke peringkat Foundation Year  (2 tahun) di United Kingdom dan Ireland mestilah terlebih dahulu menghadapkan permohonon bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalani latihan tersebut kepada pihak UPP dengan menyertakan dokumen relevan berikut :-   
 I.              Surat Memohon Perlanjutan Biasiswa untuk menjalani latihan Foundation Year 1 dan Year 2 
 II.            Keputusan peperiksaan akhir tahun dan transkrip keputusan terkini; 
 III.           Surat penerimaan latihan (letter of Acceptance for Training) / surat tawaran latihan (offer letter for training) yang lengkap dengan nama latihan, tempoh (mula & tamat) dan tempat latihan. 
 IV.          Salinan surat kontrak bagi perkara (iii) 
 V.            CV lengkap dengan status kelamin terkini 
 VI.          Salinan paspot yang masih sah (untuk Financial Guarantee)   
 3.            SURAT KEBENARAN akan dimaklumkan sebaik sahaja mendapat ketetapan dari pihak Kementerian Pendidikan.  Pelajar perubatan yang telah mendapat kebenaran adalah diarah untuk :-                    
I.        Membuat proses lazim seperti memperbaharui visa, tempahan tiket penerbangan untuk menjalani FY 1 (berada di tanah air & telah melapor diri)                  
II.        Mendaftar dengan memasukkan maklumat terkini ke dalam Student Portal UPP bagi sesi 2022 / 2023   Setelah memulakan latihan, graduan perubatan adalah dikehendaki untuk ;                 
III.         Memberikan salinan surat perjanjian bersama pihak hospital; dan              
IV.        Mengemaskini status latihan setiap penghujung tahun latihan kepada Pihak UPP London dan Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian      Pendidikan          
 4.            Mengikut dasar yang berjalan pada masa ini, kebenaran yang diberikan tidak akan diambil kira sebagai penganugerahan baru dan seterusnya tidak berkelayakan untuk menerima kemudahan seperti pelajar yang baru menerima penganugerahan biasiswa.   
B)            KEMUDAHAN TAHUN AKHIR BAGI PELAJAR PERUBATAN                         
 I.        Kemudahan Penghantaran Barang-Barang Peribadi;   Kelayakan pengiriman barang-barang peribadi hanya diberikan sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian mengikut penganugerahan biasiswa.   
 (a)  Setelah tamat tahun akhir kursus ijazah pertama perubatan atau tamat tahun akhir kursus ijazah pertama dan tidak menyambung Foundation year di negara pengajian.   
 (b)  Pelajar yang surat penganugerahannya termasuk 2 tahun Foundation Years (package) akan menerima kemudahan penghantaran barang setelah tamat FY2 jika pelajar mengikuti Program Foundation Year di negara pengajian sebelumnya.                        
II.        Kemudahan Tambang Penerbangan   
 a)    Tambang satu hala ke Brunei, akan dihulurkan kepada pelajar setelah menamatkan pengajian Ijazah Pertama Perubatan.  Urusan tempahan tiket penerbangan satu (1) hala ke United Kingdom akan dilakukan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan sekiranya pelajar mendapat tempat latihan foundation setelah berada di Negara Brunei Darussalam.   
 b)    Sekiranya pelajar lulus dan mendapat tempat untuk meneruskan latihan foundation di negara pengajian tambang dua (2) hala akan dihulurkan.  Pelajar perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan tambang tersebut dan kelayakan akan dinilai oleh pihak Unit Penuntut-Penuntut.   
  C)   PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT) DAN     PELAJAR YANG MENGULANG TAHUN PENGAJIAN (REPEAT)   
  I.                    Pelajar yang gagal tetapi diberi peluang oleh pihak universiti untu menduduki peperiksaan ulangan (re-sit) adalah dinasihatkan untuk berada di United Kingdom sehingga keputusan peperiksaan ulangan diumumkan.    
a)     Pelajar hendaklah memohon kebenaran kepada Unit Penuntut-Penuntut secepat yang mungkin dengan mengisikan borang permohonan bagi menduduki peperiksaan ulangan (Resit)
  b)     Jika pelajar tidak ada memohon kebenaran awal untuk menduduki peperiksaan ulangan, kos pembayaran peperiksaan resit adalah di atas tanggungan pelajar sendiri.   
 II.      Pelajar-Pelajar yang gagal pengajian dan perlu mengulang (repeat)          hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Pegawai          Penyelarasan Akademik, Unit Penuntut-Penuntut untuk tindakan          selanjutnya dengan mengemukan dokumen berikut ;  
 i)              Surat permohonan (ditujukan kepada Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut) untuk mengulang pengajian dengan menyatakan sebab gagal dan cara mengatasi kegagalan; 
 ii)             Surat sokongan / kebenaran universiti berserta maklumat tempoh mengulang; 
 iii)           Laporan akademik (Sulit) – peratus kehadiran, sikap terhadap pengajian dan kemampuan untuk menamatkan kursus; 
 iv)           Transkrip keputusan sebelumnya.   Elaun sarahidup dan elaun perjalanan semasa tempoh mengulang hanya akan dibayar sekiranya mendapat kebenaran mengulang tahun pengajian daripada Kementerian Pendidikan.   
  D)           PULANG KE TANAH AIR   Semua pelajar yang pulang bercuti sama ada atas tambang kerajaan (biennial leave) atau persendirian hendaklah melapor diri di Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya seminggu setelah berada di Negara Brunei Darussalam.  Pelajar-pelajar hendaklah juga memaklumkan mengenai perkara ini kepada Unit Penuntut-Penuntut sebelum bertolak ke tanahair.   
Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas perhatian dan kerjasama yang diberikan Semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan semua pelajar keberkatan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.   Sekian disampaikan untuk makluman dan apa jua tindakan mengenainya.    
Pautan