Pemakluman Bagi Latihan Penempatan Sementara
Dengan hormat sukacita menarik perhatian:
3. Pelajar-pelajar SBPP dan persendirian juga adalah dialu-alukan untuk menjalani latihan penempatan sementara.
4. Walaubagaimanapun, latihan tersebut nanti adalah juga tertakluk kepada penerimaan dan kuota yang diperuntukkan oleh agensi-agensi yang dipohonkan oleh penuntut.
SYARAT-SYARAT ADALAH SEPERTI BERIKUT: |
|
1 |
Latihan hendaklah di adakan di Negara Brunei Darussalam sahaja sama ada agensi kerajaan ataupun swasta; |
2 |
Mengenalpasti dua (2) buah jabatan/ kementerian/ pertubuhan/ syarikat yang berkaitan dengan kursus yang sedang diikuti;
|
3 |
Latihan penempatan sementara bagi setiap agensi ialah selama tiga (3) minggu dan menjadikan keseluruhan latihan selama enam (6) minggu atau jika 1 jabatan sahaja latihan penempatan hendaklah dijalankan selama empat (4) minggu.
|
4 |
Setiap penuntut yang berhasrat untuk menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas hendaklah terlebih dahulu menghadapkan Borang Penempatan Sementara (link). Dan apabila tiba ke Negara Brunei Darussalam hendaklah melapor diri ke Jabatan Pengurusan Bahagian Biasiswa, MOE. |
5 |
Borang Latihan Penempatan Sementara hendaklah di emel kepada Ms Asmani Hassan, academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 01 March 2022. |
6 |
Pelajar yang dikehendaki menghantar CV bersama dengan Borang Latihan Penempatan Sementara tersebut. |
7 |
Untuk penuntut yang diikatjanji sebagai pendidik hendaklah meletakkan nama sekolah / institusi yang dipilik di dalam borang tersebut. |
Dalam hubungan ini, Unit Penuntut-Penuntut sukacita berharap para penuntut akan mengambil peluang baik ini untuk menimba pengalaman di bidang pekerjaan sebenar walaupun ianya tidak dimestikan.
Sekian disampaikan untuk perhatian dan tindakan setiap penuntut mengenainya.
والسلام
“Rakyat Bersepadu Menjaga Kesihatan Bersama”
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London