PERMAKLUMAN BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENGINAP DI BRUNEI HALL
PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 8 /2022
PERMAKLUMAN BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENGINAP DI BRUNEI HALL
Merujuk kepada peraturan 3(a) yang tertulis didalam buku peraturan (Brunei Hall Code of Conduct) yang menyatakan seperti berikut :
“ Rent is to be paid 3 months in advanced for Brunei Government Scholarship students upon arrival and 6 months in advanced for Private Students”
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk mematuhi peraturan yang tertera diatas dan apa jua peraturan yang termaktub didalam buku peraturan (Brunei Hall Code of Conduct) , pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan Warden bagi urusan-urusan pembayaran terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang masih mempunyai tunggakan bayaran sewa bilik.
Dalam kesempatan ini, pihak Unit Penuntut-Penuntut mendoakan agar semua pelajar akan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa akan dapat menjaga keharmonian dan keselesaan hidup di United Kingdom amnya dan Brunei Hall khususnya.
Sekian untuk makluman bersama mengenainya.
“Raja Untuk Rakyat dan Rakyat Untuk Raja“
Wassalam.
MOHAMMAD DANNY BIN AIMI
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN