Semua Penuntut ( MOE, MFA, MORA, YSHHB & SBPP ) Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan sesi 2021/2022

27 April 2022

SURAT MAKLUMAN PELAJAR BIL 6/2022

 

Kepada: Semua Penuntut ( MOE, MFA, MORA, YSHHB & SBPP ) Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan sesi 2021/2022.   

Dengan hormat sukcita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut diatas.   
PENUNTUT TAHUN AKHIR   
2.  Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang Inshaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2021/2022 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus diperolehi nanti TIDAK LEWAT PADA 19 OGOS 2022.  Transkrip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui UPP Online ADD RESULT masing-masing.  Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan melambatkan process tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.  Pelajar adalah juga dikehendaki untuk mengisi BORANG D pautan   
3.  Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan  DIMESTIKAN untuk melapor diri kepada Cikgu Erna Sumarne binti Haji Sumardi, Pegawai Penyelaras Akademik di UPP sebelum balik ke tanahair bagi urusan clearance melalui kaedah zoom (sila buat temu janji untuk sesi zoom).    
Waktu pejabat adalah:   
Hari     :  Isnin  hingga Jumaat  
Waktu   : 9.30 pagi hingga 4.30 petang  Pejabat ditutup pada hari-hari cuti awam.  Untuk membuat perjanjian, sila hubungi Cikgu Erna di emel; ac@upp.org.uk atau di talian WA +673 8609990   PENUNTUT BERTERUSAN   
4.  Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2022/2023 atau seterusnya adalah DIMESTIKAN untuk memuatnaik transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP ADD RESULT online Portal selewat-lewatnya pada 15 September 2022.  Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
Sekian, Wassalam  
PAUTAN: