Kelayakan Tambang Kerajaan Biennial Leave Electives Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian Sesi 2023 dan 2024

22 February 2023

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 4 / 2023

 

Pemakluman Bagi Pelajar-Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Berkelayakan Menerima Tambang Kerajaan(Biennial Leave / Electives) Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian Dan Menyambung Pengajian Bagi Sesi 2023/2024

JADUAL PENERBANGAN ROYAL BRUNEI (25 MAC 2023 HINGGA 30 OKTOBER 2023)

 

 

 

 

 

 

 

ROUTE

FLIGHT NO.

DEPART

ARRIVAL

DAY

DATES

Brunei - London

(via Dubai)

Brunei - Dubai

BI097

19:15

23:30

Thursday

26 March 2023 to
28 October 2023

Dubai - London

BI097

0:55

5:55

Friday

Brunei - London

(via Dubai)

Brunei - Dubai

BI097

19:40

23:55

Tuesday, Saturday

25 March 2023 to
29 October 2023

Dubai - London

BI097

1:25

6:25

Wednesday, Sunday

London - Brunei

(via Dubai)

London - Dubai

BI098

17:00

03:30
(+1 day)

Wednesday, Friday, Sunday

26 March 2023 to
29 October 2023

Dubai - Brunei

BI098

5:15

17:30

Monday, Thurday, Saturday

PERHATIAN : JADUAL INI TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARIPADA PIHAK RB

    A. SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

 

  1. Pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk menerima tambang Kerajaan Selepas Tamat DuaTahun Pengajian / Cuti Biennial (Biennial Leave) atau dwitahunan bagi sesi 2022/2023, bolehlah menghadapkan Borang Tempahan Penerbangan bagi  Biennial Leave - Flight Reservation Application Form (FRAF) yang boleh didapati dari laman sesawang  upp.org.uk.  Semua borang-borang tersebut hendaklah dihadapkan kepada Unit Penuntut-Penuntut (UPP) atau emel kepada  flightbooking@upp.org.uk pada atau sebelum 15 Mac 2023

    2. Pada dasarnya pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulangs elepas mereka menerima keputusan peperiksaan bagi pengajian sesi 2022/2023. Tujuannya adalah bagi membantu pelajar yang gagal atau yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan ulangan (resit) membuat persediaan dan menduduki peperiksaan mereka semasa berada di United Kingdom bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berbangkit.

    3. Walau bagaimanapun, jika para pelajar berhasrat untuk pulang sebelum keputusan peperiksaan / pengajian mereka diterima, para pelajar boleh menghadapkan permohonan bagi mendapat kebenaran dan pengeluaran tiket penerbangan mereka kepada Pengarah Pengajian. Sehubungan dengan itu, UPP telah menyediakan  Borang  Biennial Leave Form  (BLF) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang upp.org.uk untuk para pelajar lengkapkan dan tandatangani. Hadapkan atau email boring tersebut bersama-sama dengan borang-borang tempahan penerbangan (FRAF) tersebut ke UPP pada atau sebelum tarikh tutup penerimaan boring tempahan.

 

    4. Para pelajar yang berhak menerima tambang kelayakan bagi cuti  biennial leave  adalah  tidak dibenarkan untuk menangguhkan penggunaan tambang kelayakan sehingga melimpasi tahun kewangan (Mac 2024). Oleh sebab yang demikian, semua pelajar adalah diingatkan untuk menggunakan tambang kelayakan didalam  tempoh masa yang sepatutnya.

    5. Sekiranya perlu mengawalkan atau menangguhkan tambang kelayakan itu atas sebab-sebab yang munasabah dan kukuh, maka pelajar hendaklah menulis surat permohonan dengan segera kepada Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut untuk mendapatkan kebenaran, dengan menyatakan alasan yang kukuh bagi permohonan penangguhan tambang tersebut. Penggunaan peruntukan tambang  Biennial Leave  secara kebelakangan atau membuat tuntutan secara kebelakangan bagi pembayaran pembelian tiket Biennial Leave (jikatiket dibeli oleh pelajar sendiri) adalah tidak dapat dipertimbangkan.

     6. Para pelajar yang sedang bercuti biennial HENDAKLAH memuatnaik (upload) DENGAN SEGERA sebaik saja menerima keputusan peperiksaan pengajian melalui UPP Online Portal masing-masing atau melalui email ke academic@upp.org.uk. Kegagalan dalam memuat naik (upload) keputusan yang lengkap dan sah, akanmenjejaskan pembayaran elaun bagi sesi berikutnya nanti.

     7.  Dalam hal berkaitan, setiap pelajar yang sedang mengambil cuti Biennial, adalah juga sangat disaran kan untuk melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat seperti menyertai aktiviti-aktiviti intelektual dan riadah anjuran Brunei Students Union atau Kementerian Pendidikan yang diadakan di tanah air.

     8.  Pelajara dalah juga digalakkan untuk memohon bagi menjalani latihan penempatan (work attachments) di kementerian-kementerian atau sektor-sektor swasta mengikut kesesuaian kursus masing-masing. Pelajar dikehendaki untuk menghubungi Pegawai Penyelaras Akademik Unit Penuntut-Penuntut bagi urusan permohonan dan penempatan.

 

 B. PERINGATAN KEPADA SEMUA PELAJAR

  1. E-tiket hanya akan dikeluarkan sekurang-kurang dua minggu sebelum tarikh penerbangan. Pelajar bolehlah dating sendiri mengambilnya di UPP atau mencetaknya sendiri secara online. Tempahan tiket penerbangan tidak akan diproses jika borang-borang berikut tidak lengkap diisikan dan dihadapkan kepada pihak UPP sebelum 15 Mac 2023 dan salinan paspot serta visa terkini tidak dimuat naik kedalam student portal iaitu:

a. Checklist permohonan bagi tempahan tiket penerbangan Biennial Leave;

b. Checklist permohonan bagi tempahan tiket penerbangan Elektif (bagi pelajar perubatan sahaja);

c. Flight Reservation Application Form(FRAF);

d. Borang Pelajar TahunDua pulang awal sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan (BLF).

 

2. Para pelajar yang akan menggunakan lapangan terbang yang dibenarkan oleh pihak RB seperti Dublin / Belfast / Edinburgh /Glasgow/ Aberdeen/ Manchester / Leeds hendaklah menyatakan dengan jelas di dalam boring tempahan penerbangan yang disediakan. Perjalanan yang menggunakan pengangkutan darat seperti teksi, bas atau keretaapi tidak perlu dimasukkan dalam boring tempahan tiket, FRAF.

 

3. Pihak UPP akan menghadapkan semua borang-borang tempahan penerbangan kepada pihak syarikat penerbangan dan semua proses tempahan tiket akan dibuat oleh pihak syarikat penerbangan setelah disahkan dan dibenarkan oleh UPP

      Dalam hal ini, para pelajar dinasihatkan untuk membuat perancangan yang teratur: 

a.  Bagi menggelakkan sebarang perubahan pada tarikh penerbangan  yang berkemungkinan pelajar akan dikenakan pembayaran tambahan;

b.  Berkemungkinan tidak ada kekosongan untuk tempahan bagi tarikh penerbangan baru.

c.   Merujuk Surat Permakluman UPP Bil. 15/2019, semua pelajar di bawah Biasiswa Kerajaan hendaklah membuattempahan penerbangan melalui UPP. Permohonan tuntutan pembayaran balik bagi tiket yang dibeli secara persendirian tidak akan dipertimbangkan.

 

4.  Para pelajar berhak untuk menuntut tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat pengajian ke Lapangan Terbang Heathrow kecuali mereka yang menggunakan kemudahan di Para B, nombor 2 di atas. Tuntutan bolehlah dihadapkan kepada UPP dengan menggunakan BORANG TUNTUTAN A (LAMPIRAN A) dan SENARAI SEMAK B.T.A. (LAMPIRAN B) serta menyertakan resit asal perjalanan / penyata bank. Pihak UPP hanya akan membayar tuntutan tersebut mengikut kadar di dalam garis panduan yang telah dibenarkan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan hendaklah dihadapkan kepada pihak UPP sebelum 31 Januari 2024.

6.  Kadar maksima bagi berat bagasi yang dibenarkan oleh pihak RB bagi penerbangan yang bertolak dari Lapangan Terbang Heathrow ke Negara Brunei Darussalam adalah 40 kg bagi kelas Q dan 45 kg bagi kelas yang lain (tertakluk kepada peraturan Syarikat PenerbanganDiraja Brunei).

Sekiranya bagasi pelajar melebihi kadar maksimum, kosnya akan ditanggung sendiri oleh pelajar tersebut. Pelajar bolehlah membeli bagasi secara online. Harga pembelian bagasi secara advanced akan ditutup 24 hours before departure di laman sesawang Royal Brunei adalah seperti berikut:

 

    BIL

    BERAT

                  HARGA *

       £

      US$

1

5 kg

£112.50

$135.00

2

10 kg

£220.83

$265.00

3

15 kg

£327.50

$393.00

4

20 kg

£432.50

$519.00

5

25 kg

£540.00

$648.00

6

30 kg

£641.67

$770.00

7

35 kg

£748.33

$898.00

* Tertakluk kepada pertukaran mata wang asing

 

Manakala kadar berat bagasi bagi pelajar yang bertolak dari lapangan terbang domestic menggunakan British Airways (BA) seperti Dublin / Belfast / Edinburgh / Glasgow / Aberdeen / Manchester / Leeds adalah 30kg sahaja sepanjang perjalanan pergi / balik ke/ dari Negara Brunei Darussalam.

Manakala bagi pelajar yang menggunakan penerbangan domestik British Airways (BA), kos bayaran tambahan bagasi yang melebihi kadar maksimum juga ditanggung sendiri oleh pelajarberkenaan seperti mana surat makluman dari pada Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan, bil: KPE/UB/S/2/4(2015)/J1(03) bertarikh 28 Rabiulakhir 1436 bersamaan 18 Februari 2015.

Bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak British Airways tertakluk kepada tempat lapangan terbang berkenaan yang mana kadarnya bolehlah didapati dengan melayari laman sesawang :  https: // www. Britishairways .com / en-gb / information / baggage-essentials/extra-overweight-baggage

Pelajar juga hendaklah memastikan bahawa berat bagi setiap beg adalah  tidak melebihi kadar maksima 30 kg.  Setiap pelajar adalah juga dibenarkan untuk membawa satu ‘hand luggage’ pada kadar maksima 7 kg dan satu computer riba (laptop).

 

7. Para pelajar yang dikehendaki menduduki peperiksaan semula (resit) atau mengulang semula pengajian, hendaklah menghadapkan permohonan dengan segera kepada Pengarah Pengajian Unit Pelajar-Pelajar. Sila isikan ‘BorangPermohonan bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit)’ yang boleh didapati di laman web upp.org.uk  dan sertakan bersama surat kebenaran menduduki peperiksaan semula (resit) atau mengulang dari pada pihak universiti.  Jika pelajar berhasrat menduduki peperiksaan semula di Negara Brunei Darussalam, maka pelajar perlu mendapatkan kebenaran dari pada pihak universiti. Pelajar hendaklah menanggung sendiri perbelanjaan pentadbiran untuk menduduki peperiksaan resit tersebut. Pelajar  hanya boleh menuntut semula  yuran peperiksaan (examination fees), manakala pembayaran sewa tempat peperiksaan dan kos penghantaran kertas soalan adalah menjadi tanggungjawab pelajar itu sendiri.

 

8.  Bagi pelajar yang berhasrat untuk menukar tarikh balik ke UK/Ireland setelah bercuti di Negara Brunei Darussalam atas alas an seperti ingin menduduki peperiksaan ulangan, urusan penyambungan paspot atau visa yang belum selesai, ingin meluangkan lebih masa dengan keluarga, atau alasan-alasan lain, adalah DIMESTIKAN mengisikan borang Request form –change of Date of Flight Returning Back to UK (CDF)”yang boleh didapati dalam laman web upp.org.uk  Semua pembayaran berpunca dari pada pertukaran tarikh balik ke UK adalah ditanggung oleh pelajar sendiri, dan e-tiket yang baru hanya akan dikeluarkan setelah pembayaran yang berkaitan (jika berkenaan sahaja ia itu jika tidak sama booking class). Permohonan untuk menukar tiket hanya dapat dibuat setelah mendapat kebenaran dari pada pihak UPP.

 

9. Setiap pelajar biasiswa Kerajaan yang balik ke Negara Brunei Darussalam samaada dengan tambang Kerajaan atau tambang sendiri adalah DIMESTIKAN untuk melapor diri keJabatanPengurusanBiasiswa, Kementerian Pendidikan, Tingkat 5, Blok C, Bangunan Kementerian Pendidikan, Jalan Airport Lama, Berakas BB 3510, Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari seminggu setelah sampai ketanah air.

 

Dalam kesempatan ini, pihak UPP mendoakan agar semua pelajar akan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bersemangat dalam usaha untuk mencapai keputusan peperiksaan yang terbaik.  

 

 

Sekian untuk makluman bersama mengenainya.

 

“MenjayakanWawasan Brunei 2035“

 

 

Wassalam.

 

MOHAMMAD DANNY BIN AIMI

PengarahPengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN

        Pemakluman Bagi Pelajar-Pelajar Biasiswa Kerajaan Yang Berkelayakan Menerima Tambang Kerajaan(Biennial Leave / Electives) Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian Dan Menyambung Pengajian Bagi Sesi 2023/2024

 

         Checklist

         Flight Reservation Application Form (FRAF)

         Borang Pengesahan Pembelian tiket secara Persendirian (FS)

         Borang Pelajar Tahun Akhir Pulang Sebelum Keputusan Peperiksaan (FYSF)

         Borang Permohonan Melanjutkan Tempoh Tinggal di UK dan Ireland (EoS)