MAJLIS BERSAMA RAKYAT UNITED KINGDOM 2023
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 08 / 2023
Kepada: Semua Penuntut, Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom
MAJLIS BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA DI UNITED KINGDOM TERDIRI DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS, BERKURSUS DAN DALAM PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA
Dengan hormat merujuk Pemakluman Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom mengenai perkara tersebut diatas.
Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima biasiswa kerajaan, swasta dan persendirian yang berdaftar di United Kingdom adalah diundang untuk hadir di majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut :
Tarikh : 15 Jamadilakhir 1445H / 28 Disember 2023
Hari : Khamis
Tempat : Royal Lancaster Hotel , London W2 2TY
Sebagai persediaan awal sukacita memohon kerjasama daripada semua pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran dengan melengkapkan Borang Pendaftaran online yang boleh dilayari dilaman web di https://ease.moe.gov.bn/simpur/majlisbersamarakyat bermula pada hari Isnin 11 Disember 2023/27 Jamadilawal 1445H.
Manakala bagi ibu bapa atau keluarga pelajar yang kebetulan sedang bercuti di United Kingdom adalah diundang untuk menghadiri majlis tersebut. Mereka adalah dikehendaki juga untuk mendaftar melalui laman web berkenaan dibawah kategori “Visitors (Brunei Citizen)”
Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
“ Integriti Tonggak Kecemerlangan “
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN:-
Surat Pemakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 08/2023 - MBR 2023
Syarat dan Pendaftaran MBR2023