Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Semester / Penggal 1 Sesi Pengajian 2022/2023 Dan Academic Progress Report

18 January 2023

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 01/2023

 

Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan

 

Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Semester / Penggal 1  

Sesi Pengajian 2022/2023 Dan Academic Progress Report

 

Sukacita menarik perhatian semua penuntut-penuntut berhubung perkara tersebut di atas.

 

  1. Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama sekali kepada semua penerima Biasiswa kerajaan (MOE, MFA, YAYASAN & MORA) dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk memuatnaik keputusan peperiksaan semester / penggal pertama sesi pengajian 2022/2023 dan Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Tutor melalui UPP online portal masing-masing bermula15 Februari 2023 hingga 15 Mac 2023.

 

  1. Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Advisor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.

 

  1. SekiranyaPersonal Tutor/Academic Advisor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan melalui emel ke ac@upp.org.uk dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel.

 

  1. Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahu pun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.

 

  1. Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut-Penuntut di London sedia membantu dalam apa jua cara yang kita boleh, samaada secara akademik atau peribadi.

 

  1. Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan Berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.

 

Sekian. Wassalam.

 

“  Mengukuhkan Sosio-Ekonomi Negara, Tanggungjawab Bersama “

 

 

Mohammad Danny bin Aimi

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

 

PAUTAN