MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 2022/2023 MELALUI UPP ONLINE PORTAL
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 05 / 2023
Kepada: Semua Penuntut ( MOE, MFA, MORA, YSHHB, SBPP & HMSF ) Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan sesi 2022/2023.
MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 2022/2023 MELALUI UPP ONLINE PORTAL
Dengan hormat sukcita menarik perhatian semua penuntut tahun akhir dan penuntut berterusan dibawah Skim Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan dan HMSF berhubung perkara tersebut diatas.
PENUNTUT TAHUN AKHIR
- Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yang Inshaa Allah akan menamatkan pengajian sesi 2022/2023 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus diperolehi nanti TIDAK LEWAT PADA 25 OGOS 2023. Transkrip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui UPP Online ADD RESULT masing-masing. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan melambatkan process tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair. Pelajar adalah juga dikehendaki untuk mengisi BORANG D – pautan
- Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan, HMSF DIMESTIKAN untuk melapor diri kepada Cikgu Erna Sumarne binti Haji Sumardi, Pegawai Penyelaras Akademik di UPP sebelum balik ke tanahair bagi urusan ‘clearance’ melalui kaedah ‘zoom’ (sila buat temu janji untuk sesi zoom).
Waktu pejabat adalah:
Hari : Isnin – Jumaat
Waktu : 9.30 pagi hingga 4.30 petang Pejabat ditutup pada hari-hari cuti awam.
Untuk membuat perjanjian, sila hubungi Pn Asmani binti Hassan di emel; academic@upp.org.uk atau di talian WA 07768368860
PENUNTUT BERTERUSAN
- Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2022/2023 atau seterusnya adalah DIMESTIKAN untuk memuatnaik transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP ADD RESULT online Portal selewat-lewatnya pada 15 September 2023. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
Sekian, Wassalam
Pertahanan Yang Dinamik Dan Proaktif Menjamin Keamanan Negara
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN