MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER / PENGGAL 1 SESI PENGAJIAN 2023/2024 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT

26 January 2024

Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan   

Sukacita menarik perhatian semua penuntut-penuntut berhubung perkara tersebut di atas.
  
2. Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama sekali kepada semua penerima Biasiswa kerajaan (MOE, MFA, YSHHB & MORA) dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk memuatnaik keputusan peperiksaan semester / penggal pertama sesi pengajian 2023/2024 dan Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Tutor melalui UPP online portal masing-masing bermula 19 Februari 2024 hingga 15 Mac 2024.   
3. Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis  hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor / Academic Advisor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.  
 
4. Sekiranya Personal Tutor/Academic Advisor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan melalui emel ke ac@upp.org.uk dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel.   
5. Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun. 
  
6. Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut-Penuntut di London sedia memberi bantuan dalam menyelesaikan apa jua isu atau masalah sama ada secara akademik atau peribadi.  
 
7. Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.  
 
Sekian. Wassalam.

“  Menyatukan Hati, Memenuhi Impian, Mencapai Wawasan 2035 “

 

 

Mohammad Danny bin Aimi

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN