Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Sesi 2023/2024 Melalui UPP Online Portal
SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT
BILANGAN 06 / 2024
Kepada: Semua Penuntut ( MOE, MFA, MORA, YSHHB, SBPP & HMSF ) Tahun Akhir dan Penuntut Berterusan sesi 2023/2024
Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Sesi 2023/2024 Melalui UPP Online Portal
Penuntut Tahun Akhir
- Sehubungan dengan itu, sukacita dipohonkan kepada semua penuntut tahun akhir yangakan menamatkan pengajian sesi 2023/2024 supaya akan dapat memuatnaik keputusan akhir peperiksaan sejurus setelah diperolehi nanti tidak lewat pada 06 Ogos 2024.
Transkrip keputusan akhir yang lengkap dengan nama penuntut hendaklah dimuatnaik melalui student portal melalui pautanADD RESULT masing-masing. Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan melambatkan proses tuntutan (jika ada) yang dibuat melalui Unit Penuntut-Penuntut mahupun di tanahair.
- Dalam hal berkaitan, semua penuntut tahun akhir Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan, HMSF dan apa-apa jua skim biasiswa yang berkenaanDIMESTIKAN untuk melapor diri kepada Cikgu Erna Sumarne binti Haji Sumardi, Pegawai Penyelaras Akademik sebelum balik ke tanahair bagi urusan clearance melalui kaedah zoom (sila buat temu janji untuk sesi tersebut).Pelajar adalah juga dikehendaki untuk mengisi BORANG D – pautan (dihantar terlebih awal sebelum sesi perjumpaan zoom).
Waktu pejabat adalah:
Hari : Isnin – Jumaat
Waktu : 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Pejabat ditutup pada hari-hari cuti awam.
Untuk membuat perjanjian, sila hubungi Puan Asmani binti Hassan di emel; academic@upp.org.uk atau di talian WA 07768368860
Penuntut Berterusan
- Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2024/2025 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuatnaik transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui student portal melalui pautanADD RESULT selewat-lewatnya pada 09 September 2024.
Kegagalan / kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan proses pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
Sekian.
والسلام
“ Pertahanan Holistik Menjaga Kedaulatan Negara“
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN
- SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT - Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Sesi 2023/2024 Melalui UPP Online Portal
- BRRANG D