Kesemua Pelajar Perubatan Yang Ingin Menjalani Latihan Elektif Dan Para Doktor Yang Akan Melanjutkan Latihan Kepakaran
26 January 2024
SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 03/2024
Sukacita menarik perhatian khususnya kepada pelajar-pelajar perubatan yang ingin menjalani latihan elektif mahupun yang ingin membuat latihan foundation selepas tahun akhir dan para doktor-doktor yang ingin melanjutkan latihan kepada latihan kepakaran di dalam bidang masing-masing.
2. Disertakan bersama ini link checklist yang perlu dibuat oleh pelajar-pelajar perubatan sebelum memohon untuk menjalani latihan elektif di Negara Brunei Darussalam ataupun di negara yang dipilih.
3. Juga disertakan bersama ini link for internship / foundation training iaitu proses memohon untuk menjalani latihan foundation di Negara Brunei Darussalam mahupun di United Kingdom dan Ireland bagi pelajar perubatan tahun akhir.
4. Bagi doktor-doktor yang ingin memohon untuk mejalani latihan pakar mahupun yang sedang menjalani latihan dan ingin untuk menyambung ke peringkat seterusnya, pautan link applying for further training untuk proses permohonanan juga disertakan.
Sekian disampaikan untuk perhatian dan tindakan setiap pelajar perubatan dan doktor selanjutnya.
والسلام
“ Menyatukan Hati, Memenuhi Impian, Mencapai Wawasan 2035 “
Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London
PAUTAN
- Surat Pemakluman Unit Penuntut-Penuntu Bilangan 03/2024 - Latihan Elektif dan Latihan Kepakaran Doktor
- Link Checklist - Manjalani Latihan atau Penempatan Klinikal
- Link for internship / foundation training - Applying for further training (Basic Specialty / Core Training / Advance Training) immediately after completion of Housemanship Training
- Link Applying for further training - completion of Hosemanship Training