PEMAKLUMAN BAGI LATIHAN PENEMPATAN SEMENTARA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA CUTI MUSIM PANAS 2024/2025

19 January 2024

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT

BILANGAN 02/2024

PEMAKLUMAN BAGI LATIHAN PENEMPATAN SEMENTARA

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA CUTI MUSIM PANAS

 

Dengan hormat sukacita menarik perhatian:

a.       Pelajar-pelajar Biasiswa kerajaan (MOE, MFA, MORA, YSHHB) tahun 2 yang akan menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas pada bulan Julai hingga September 2024. 
b.       Pelajar-pelajar Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) 
c.       Pelajar-pelajar persendirian  

 

  1. Sebagai salah satu inisiatif Unit Penuntut-Penuntut dan Kementerian Pendidikan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada dunia pekerjaan sebenar bagi penuntut-penuntut yang sedang belajar di United Kingdom, setiap pelajar tahun 2 (dua) Ijazah Sarjana Muda Biasiswa kerajaan adalah amat digalakkan untuk mengikuti latihan penempatan sementara semasa cuti musim panas di Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya bagi tempoh empat (4) minggu.

 

  1. Pelajar-pelajar SBPP dan persendirian juga adalah dialu-alukan untuk menjalani latihan penempatan sementara.

 

  1. Walaubagaimanapun, latihan tersebut nanti adalah juga tertakluk kepada penerimaan dan kuota yang diperuntukkan oleh agensi-agensi yang dipohonkan oleh penuntut.

 

 SYARAT-SYARAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

1

Latihan hendaklah di adakan di Negara Brunei Darussalam sahaja sama ada agensi kerajaan ataupun swasta;

2

Latihan penempatan sementara bagi agensi tersebut ialah selama empat (4) minggu.

 

3

Setiap penuntut yang berhasrat untuk menggunakan kemudahan tambang kerajaan Biennial Leave semasa cuti musim panas hendaklah terlebih dahulu menghadapkan Borang Penempatan Sementara (Pautan link). Dan apabila tiba ke Negara Brunei Darussalam hendaklah melapor diri ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

4

Borang Latihan Penempatan Sementara hendaklah di emel kepada Ms Asmani Hassan,  academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 16 Februari 2024

5

Pelajar dikehendaki menghantar CV bersama dengan Borang Latihan  Penempatan Sementara tersebut.

6

Untuk penuntut yang diikat janji sebagai pendidik hendaklah meletakkan nama sekolah / institusi yang dipilih di dalam borang tersebut.

                                                                                                                                                                                               

  1. Dalam hubungan ini, Unit Penuntut-Penuntut sukacita berharap para penuntut akan mengambil peluang baik ini untuk menimba pengalaman di bidang pekerjaan sebenar walaupun ianya tidak diwajibkan.

 

Sekian disampaikan untuk perhatian dan tindakan setiap penuntut mengenainya.

 

 

والسلام

 

“ Menyatukan Hati, Memenuhi Impian, Mencapai Wawasan 2035 ”

 

Mohammad Danny bin Aimi
  Pengarah Pengajian
 Unit Penuntut-Penuntut, London

 

 

PAUTAN

-SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 02/2024-

-BORANG PENEMPATAN SEMENTARA-