PERMAKLUMAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2023/2024

14 June 2024

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL: 07/2024

 

PERMAKLUMAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA 2023/2024

 

Sukacita merujuk perkara di atas, pelajar-pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Pertama sesi 2023/2024 adalah diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap perkara-perkara berikut:

  1. Tempahan Tiket Penerbangan.
  2. Penghantaran Barang-Barang Peribadi Melalui Kapal Laut (Shipment) ke Tanah Air.
  3. Melanjutkan Tempoh Tinggal Di United Kingdom.
  4. Melapor Diri Ke Unit Penuntut-Penuntut (UPP) sebelum pulang ke Tanah Air.
  5. Menduduki Peperiksaan Ulangan (Resit) dan Mengulang.
  6. Pembayaran Elaun Sara Hidup dan Elaun Perjalanan
  7. Urusan Tuntutan Perbelanjaan.
  8. Urusan Melapor Diri di Brunei Darussalam, ke Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan apa apa jua skim biasiswa berkenaan.

 

Sehubungan dengan itu, semua pelajar-pelajar tahun akhir Biasiswa Kerajaan dimestikan mengisi Borang D (Form D) dan melapor diri kepada Pegawai Penyelaras Akademik / Cikgu Erna Sumarne binti Haji Sumardi (ac@upp.org.uk) sebelum balik ke tanahair bagi urusan clearance melalui kaedah zoom (sila buat temu janji untuk sesi tersebut).

Seterusnya dipohonkan kerjasama pelajar-pelajar untuk memastikan borang tempahan penerbangan akan dihadapkan tidak lewat dari 30 Jun 2024 dan diemelkan kepada flightbooking@upp.org.uk serta salinan (cc) kepada wo@upp.org.uk  . KELEWATAN menghantar borang menyebabkan kesukaran mendapatkan tempat duduk untuk tarikh yang dikehendaki. Manakala tempahan untuk penghantaran barang-barang melalui kapal laut ketanah air dibuat satu bulan setengah (1.5) atau 6 minggu daripada tarikh pengambilan dan penghantaran barang-barang.

Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang diberikan terhadap permakluman ini. Seterusnya pihak UPP juga amat berbesar hati atas kerjasama yang telah diberikan oleh para pelajar di sepanjang pengajian di United Kingdom dan Ireland.

Saya dan seluruh warga kerja Unit Penuntut-Penuntut mendoakan agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing dan akan kembali ke tanah air bagi mencurahkan khidmat dan bakti di Negara kita yang tercinta.

 

Sekian untuk makluman bersama mengenainya.

 

 

Bertindak ke Arah Kelestarian Alam sekitar"

Wassalam.

 

 

Mohammad Danny bin Aimi

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut, London

 

PAUTAN: