MAJLIS BERSAMA RAKYAT DI UK 2024

06 December 2024

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT

BILANGAN 08/2024

 

Kepada: Semua Penuntut, Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom

MAJLIS BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA DI UNITED KINGDOM TERDIRI DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS, BERKURSUS DAN DALAM PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

 

Dengan hormat merujuk Pemakluman Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom mengenai perkara tersebut diatas.

 

Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima biasiswa kerajaan, swasta dan persendirian yang berdaftar di United Kingdom dan Republic of Ireland adalah diundang untuk hadir di majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut :

 

Tarikh        :  20 Jamadilakhir 1446H / 22 Disember 2024

Hari          :   Ahad

Tempat    :  Royal Lancaster Hotel , London W2 2TY

 Sebagai persediaan awal sukacita memohon kerjasama daripada semua pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran dengan melengkapkan Borang Pendaftaran online yang boleh dilayari dilaman web di  https://ease.moe.gov.bn/SPLN/majlisbersamarakyat bermula pada hari Jumaat 06 Disember 2024/04 Jamadilakhir 1446H.

Manakala bagi ibu bapa atau keluarga pelajar yang kebetulan sedang bercuti di United Kingdom adalah diundang untuk menghadiri majlis tersebut.  Mereka adalah dikehendaki juga untuk mendaftar melalui laman web berkenaan dibawah kategori ‘Visitor (Brunei Citizen)’.

 

Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

 

‘Rajaku Agamaku Dan Bangsaku Tunjang Identitiku’

             

Mohammad Danny bin Aimi
Pengarah Pengajian
Unit Penuntut-Penuntut, London

Rujukan:   BSU A/14/5

Tarikh:     03 Jamadilakhir 1446H / 05  Disember 2024

 

PAUTAN