Memuatnaik Keputusan Peperiksaan Semester/Penggal 1/2/ Sesi Pengajian 2016/2017 dan Academic Progress Report

19 February 2017

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 05/2017
Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan
Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas.
2. Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama kepada penerima Biasiswa kerajaan dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk menghadapkan/memuatnaik keputusan peperiksaan semester/penggal pertama/kedua sesi pengajian 2016/2017 DAN Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor melalui UPP Online portal masing-masing bermula 19 Februari 2017 hingga 19 Mac 2017
 
3. Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.
4. Sekiranya Personal Tutor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Penyelaras Akademik melalui emel ke ac@upp.org.uk atau ac.upp.london@gmail.com dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel.
5. Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.
6. Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.
Sekian. Wassalam.