Kemaskini Maklumat Peribadi dan Update Parents’ Details Melalui UPP Online

30 January 2017

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 04/2017
Kepada semua penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Ireland
Dengan hormat sukacita merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sehubungan itu, sebagaimana jua yang dimaklumi bahawa di antara misi Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam dan Unit Penuntut-Penuntut, London bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan malahan juga menjaga kesejahteraan setiap penuntut Brunei Darussalam yang berada di seluruh United Kingdom dan EIRE.
3. Dalam hubungan ini, unit ini sukacita memohon setiap penuntut untuk mengemaskini maklumat peribadi dari masa kesemasa terutama alamat tempat tinggal, nombor telefon dan alamat emel terkini melalui UPP Online untuk memastikan setiap maklumat yang disalurkan oleh Unit Penuntut-Penuntut kepada setiap penuntut adalah diterima dengan tepat.
4. Dalam hal berkaitan, sukacita juga dipohonkan setiap penuntut untuk melengkapkan maklumat ibubapa/penjaga melalui UPP Online: update parents' details dengan seberapa segeranya
5. Akhirnya, Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama setiap penuntut dalam sama-sama menyalurkan maklumat peribadi yang lengkap dan terkini semata-mata sebagai langkah persediaan jika terjadi perkara yang diluar jangkaan dan memerlukan bantuan unit ini.
Sekian. Wassalam.