Korban dan Aqiqah 1438H/2017M

11 August 2017

 

KORBAN DAN AQIQAH 1438H/2017M

 

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Komiti Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London akan mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah.

 

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang ingin ikut serta dalam Ibadah Korban dan Aqiqah bolehlah mengisikan borang dan menyerahkan kembali kepada Setiausaha Komoti Keagamaan tidak lewat 30 Zulkaedah 1438H bersamaan 22 Ogos 2017M jam 4:30 Petang.  Adapun tarikh Majlis Pengagihan Ibadah Korban dan Aqiqah akan dimaklumkan setelah mendapat ketetapan dari pihak Central Mosque bagi bermulanya 1 Zulhijjah 1437H.

Bersama ini dilampirkan borang pendaftaran bagi Ibadah korban dan Aqiqah untuk diambil perhatian mengenainya

Sekian Wassalam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PDF Surat Keliling Korban dan Aqiqah 1438H/2017M

PDF Borang Menyertai Majlis Korban dan Aqiqah