SYARAT-SYARAT SEBAGAI PENGHUNI PERSINGGAHAN (TRANSIT), BRUNEI HALL

01 June 2017

SYARAT-SYARAT SEBAGAI PENGHUNI PERSINGGAHAN (TRANSIT), BRUNEI HALL

 

Sukacita menarik perhatian semua pelajar-pelajar yang berhasrat untuk tinggal di Brunei Hall sebagai Penghuni Persinggahan (Transit). Untuk makluman bersama, berikut adalah syarat-syarat yang telah dikemaskini untuk tinggal sebagai Penghuni Persinggahan (Transit) di Brunei Hall seperti berikut:-

 

  1. Rakyat dan Penduduk Tetap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning dan merah (Warganegara dan Penduduk Tetap);

 

  1. Semua pelajar yang aktif yang menuntut di UK dan Ireland Utara dan di luar United Kingdom;

 

  1. Pemegang kad Unit Penuntut-Penuntut atau mana-mana kad pelajar yang dikeluarkan oleh Institusi Pendidikan;

 

  1. Pelajar yang berumur 16 tahun dan ke atas. Brunei Hall tidak menyediakan penginapan bagi penuntut dibawah umur 16 tahun.

 

*Kategori penuntut berumur 16 tahun dan dibawah 18 tahun yang dibenarkan menginap di Brunei Hall:

- Penuntut yang dibawah jagaan Guardianship Unit Penuntut-Penuntut;

- Penuntut yang mengikuti rombongan lawatan sambil belajar dari sekolah yang dijaga oleh guru pengawas.

 

 

  1. Pegawai yang sedang dalam Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) yang menuntut di UK adalah tidak berkelayakan untuk singgah tinggal di Brunei Hall;

 

  1. Tempoh maksima tinggal di Brunei Hall ialah selama 14 hari dan syarat ini tidak dikenakan semasa waktu sibuk atau cuti semester di mana pelajar hanya dibenarkan tinggal dengan tempoh singkat iaitu 7 hari Pelajar ‘A’ level yang bercuti ‘exeat’ dari sekolah berasrama sahaja dibenarkan untuk tinggal di Brunei Hall melebihi tempoh 2 minggu;

 

  1. Semasa musim pembelajaran pelajar yang berhasrat untuk tinggal melebihi tempoh 2 minggu termasuk hari pembelajaran hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu dari Pegawai Penyelaras Akademik, Unit Penuntut-Penuntut;

 

  1. Kategori persinggahan termasuk:-

 

  1. ‘A’ level exeat
  2. Pelajar yang menuntut di UK dan Ireland utara yang bersinggah di London
  3. Pelajar yang menuntut di luar UK dan Ireland Utara yang merupakan sebahagian daripara program pendidikan (contoh: lawatan sambil belajar, persidangan, pelajar pertukaran tempoh kurang daripada 3 bulan).
  4. Pelajar yang menuntut di luar UK dan Ireland utara yang membuat lawatan atau bersinggah di London

 

  1. Semua pelajar yang berhasrat untuk tinggal di Brunei Hall secara persinggahan mestilah memohon terlebih dahulu melalui emel sekurang-kurangnya seminggu sebelum tinggal di Brunei Hall kepada wn@upp.org.uk, awn@upp.org.uk dan bhreception2@upp.org.uk.

 

*Nota:

- Pelajar-pelajar yang gagal untuk memohon sebelum sampai ke London tidak akan dilayan.

- Pelajar-pelajar yang membatalkan rancangan untuk tinggal di Brunei Hall setelah memohon melalui emel hendaklah juga dimaklumkan kepada alamat emel diatas.

- Permohonan ini bukanlah berbentuk sistem tempahan (booking system) akantetapi ianya adalah sebagai makluman awal kepada Pentadbiran Brunei Hall serta juga pihak Brunei Hall dapat memaklumkan kepada pelajar samada bilik di Brunei Hall ini masih mempunyai kekosongan.

 

Sebarang kekeliruan atau pertanyaaan lanjut hendaklah terus menghubungi pentadbiran Brunei Hall pada emel yang dinyatakan di atas.

Sekian untuk makluman bersama mengenainya.

 

Pautan