Pelajar Tahun Akhir Kursus Perubatan Yang akan Tamat Pengajian Dan Seterusnya Menjalani Latihan Foundation Year 1

02 March 2017

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 08/2017
Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar-pelajar Perubatan yang akan tamat pengajian tahun akhir, supaya mengambil maklum mengenai perkara-perkara berikut:-

1. STATUS ACADEMIC
Pelajar-pelajar Tahun Akhir Perubatan yang telah lulus peperiksaan tahun akhir dan akan mengikuti Foundation Year 1 dan Year 2 hendaklah menghadapkan perkara-perkara berikut kepada Unit Penuntut-Penuntut bagi mendapatkan kebenaran dari MOE untuk pelajar meneruskan Latihan tersebut.

I. Surat Permohonan dari pelajar untuk mengikuti Foundation Year 1 and Year 2.

II. Keputusan peperiksaan akhir tahun;
III. Surat Penerimaan Latihan (Letter of Acceptance for Training) / Surat Tawaran Latihan (Offer Letter for Training) – surat tersebut mestilah menyatakan mengenai nama, tempoh dan tempat latihan serta tarikh bermula dan berakhir.
IV. Salinan surat kontrak bagi perkara (III).
V. CV Pelajar
VI. Sila kemaskini dengan melapor (registration) di student portal bagi sesi 2017/2018

1.2 Kegagalan untuk menghadapkan semua perkara tersebut di atas akan menjejaskan pembayaran elaun bulanan bagi sesi 2017/2018.

1.3 Tarikh tutup : Secepat Mungkin


2. PELAJAR YANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN - RESIT - DAN PELAJAR YANG PERLU MENGULANG TAHUN PENGAJIAN - REPEAT


2.1 Pelajar yang gagal tetapi diberi peluang oleh pihak universiti untuk menduduki peperiksaan ulangan (re-sit) adalah dinasihatkan untuk berada di United Kingdom sehingga keputusan peperiksaan ulangan diumumkan;

2.2 Pelajar hendaklah memohon kebenaran kepada Unit Penuntut-Penuntut secepat yang mungkin dengan mengisikan Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (RESIT) yang boleh didapati daripada laman web www.upp.org.uk.

2.3 Jika pelajar tidak memohon kebenaran awal untuk menduduki peperiksaan ulangan, kos pembayaran peperiksaan resit adalah di atas tanggungan pelajar sendiri.

2.4 Pelajar-pelajar yang gagal pengajian dan perlu mengulang (repeat) hendaklah memaklumkan dan menghadapkan surat permohonan untuk mengulang dengan segeranya kepada Yang Mulia Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut untuk tindakan selanjutnya.

2.5 Elaun sarahidup dan elaun perjalanan semasa tempoh mengulang hanya akan dibayar sekiranya mendapat kebenaran mengulang tahun pengajian daripada Kementerian Pendidikan.

2.6 Permohonan untuk mengulang tahun pengajian (repeat) mestilah disertakan dengan:

I. Surat sokongan / kebenaran daripada pihak universiti;
II. Laporan akademik dan peratus kehadiran ke kuliah daripada pihak universiti;
III. Transkrip keputusan;
IV. Tempoh mengulang dan modul yang perlu diulang.

3. PULANG KE TANAH AIR

3.1 Semua Pelajar yang pulang bercuti sama ada atas tambang Kerajaan (Biennial Leave) atau persendirian hendaklah melaporkan diri di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya seminggu setelah berada di Brunei Darussalam. Pelajar-Pelajar hendaklah juga memaklumkan mengenai perkara ini kepada Unit Penuntut-Penuntut sebelum bertolak ke tanahair.

Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan semua pelajar keberkatan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Sekian untuk makluman dan perhatian bersama mengenainya.


PAUTAN