Syarat-Syarat Pemilihan Tinggal Sebagai Penghuni Tetap, Brunei Hall Bagi Sesi Pengajian 2017/2018

09 May 2017

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 12/2017


Sukacita menarik perhatian penuntut-penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal di Brunei Hall sebagai Penghuni Tetap bagi sesi pengajian 2017/2018 mengenai perkara tersebut diatas.

Untuk makluman bersama, berikut adalah syarat-syarat pemilihan untuk tinggal sebagai Penghuni Tetap di Brunei Hall:-

A. Syarat-syarat keutamaan:-

  1. Rakyat dan Penduduk Tetap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning dan merah.
  2. Bujang.
  3. Tiada had umur
  4. Pelajar ‘A’ level, Diploma, HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD, Program Profesional dibawah Skim Biasiswa Kerajaan: MOE, MOFAT, MORA, DANA, BAS, MINDEF, UNISSA dan UBD yang menuntut di Pusat London mengikut kawasan tadahan Brunei Hall (mengikut garis panduan Komiti Brunei Hall).
  5. Pelajar persendirian yang mengikuti pengajian ‘A’ level, Diploma, Foundation, Diploma HND, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PHD, Program Profesional atau yang sebanding dengannya.
  6. Penempatan kerja wajib


B. Penuntut-Penuntut yang tidak dapat dipertimbangkan:-

  1. Pelajar yang mengambil jurusan:
    • Tahun Latihan Asas kedoktoran atau Bidang Pakar.
    • Latihan Farmasi Perubatan.
  2. Pelajar yang sudah berkahwin.

Penuntut-Penuntut yang berhasrat untuk memohon tinggal sebagai Penghuni Tetap adalah dikehendaki melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati daripada laman web Unit Penuntut-Penuntut: www.upp.org.uk/forms, disertakan dengan salinan dokumen yang dipohonkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2017 dan bolehlah dihantar melalui emel kepada wn@upp.org.uk dan awn@upp.org.uk

Sekian untuk makluman bersama mengenainya


PAUTAN