Pelajar Tahun Akhir Kursus Perubatan Yang Tamat Pengajian Dan Akan Menjalani Latihan Foundation Year 1 dan Year 2 Pada Sesi 2018/2019

13 April 2018

Surat Permakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil 11/2018 

Kepada:          Pelajar Tahun Akhir Kursus Perubatan Yang Tamat Pengajian Dan Akan Menjalani Latihan Foundation Year 1 dan Year 2 Pada Sesi 2018/2019

Dengan hormat sukacita merujuk emel Pemangku Ketua Bahagian Dermasiswa Kementerian Pendidikan bertarikh 21 Februari 2018 mengenai perkara-perkara diatas dan berikutnya:-

A).       STATUS ACADEMIC

Pelajar perubatan tahun akhir biasiswa kerajaan yang telah menerima tawaran untuk meneruskan Latihan ke Peringkat Foundation Year Programme (2 tahun) di United Kingdom dan Ireland

  1. Selaras dengan kenyataan Kementerian Kesihatan melalui surat bilangan KK/Timb.SUT(P&T)/P13:PGATB/2009 (UK) bertarikh 3 Zulhijjah 1436 / 17 September 2015 mengesahkan bahawa pihak PGATB mencadangkan agar kebenaran secara automatik diberikan kepada doktor-doktor yang ingin meneruskan latihan ke Foundation Year 1 dan Foundation Year 2 (FY1 & FY2) di negeri tempat pelajar menjalani pengajian perubatan dan memadai bagi perkara ini dimaklumkan sahaja di samping rekod perkembangan pelajar yang dihadapkan setiap penghujung tahun untuk pemantauan.
  2. Mengikut dasar yang berjalan pada masa ini, kebenaran pelajar-pelajar berkenaan untuk meneruskan latihan FY1 dan FY2 tidak akan diambil kira sebagai penganugerahan baru dan seterusnya tidak berkelayakan untuk menerima kemudahan seperti pelajar yang baru menerima penganugerahan Biasiswa
  3. Selanjutnya, mengikut peraturan yang berjalan pada masa ini, setiap bakal graduan perubatan yang telah mendapat tawaran untuk menjalani Foundtion Year (FY1 & FY2) di negara pengajian mestilah terlebih dahulu memaklumkan secara bertulis melalui pihak UPP untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalani latihan tersebut dengan menyertakan dokumen relevan seperti:-

     

    i. Surat Permohonan dari pelajar untuk mengikuti Foundation Year 1&2.
    ii. Keputusan peperiksaan akhir tahun dan transkrip keputusan terkini;
    iii. Surat Penerimaan Latihan (Letter of Acceptance for Training) / Surat Tawaran Latihan (Offer Letter for Training) – surat tersebut mestilah menyatakan mengenai nama, tempoh dan tempat latihan serta tarikh bermula dan berakhir.
    iv. Salinan surat kontrak bagi perkara (iii).
    v. CV Pelajar
    vi. Salinan Pasport yang masih sah (untuk Financial Guarantee)
    vii. Sila melapor (registration) di student portal bagi sesi 2018/2019 (peringatan)

    SURAT KEBENARAN akan disusulkan kepada pihak UPP London (tertakluk pelajar lulus pengajian)

    4. Setelah memulakan latihan, pelajar dikehendaki untuk menghadapkan surat perjanjian bersama pihak hospital dan seterusnya mengemas kini status latihan setiap penghujung tahun ke Bahagian Biasiswa atau pihak UPP London

    5. Pada kelazimannya, pelajar Tahun Akhir Perubatan adalah diarah untuk:-
    (a) Melapor diri di Bahagian Biasiswa sebaik sahaja menamatkan pengajian dan seterusnya membuat proses memperbaharui visa dan tempahan tiket untuk menjalani FY1 tertakluk setelah mendapat kebenaran, ATAU;

    (b) Memaklumkan pihak UPP jika tidak dapat balik ke tanah air dan mengemaskini keterangan latihan 3 (iii) dan peribadi 3 (ii) di samping memberikan dokumen 3 (ii) dan (iii)

    B) KEMUDAHAN TAHUN AKHIR BAGI PELAJAR PERUBATAN

    i. Kemudahan Penghantaran barang-barang peribadi:

    Kelayakan penghantaran barang-barang peribadi hanya diberikan sekali
    sahaja penganugerahan biasiswa di sepanjang tempoh pengajian. Pelajar
    layak memilih seperti berikut:

    (a) Setelah tamat tahun akhir kursus ijazah pertama perubatan atau tamat tahun akhir kursus ijazah pertama perubatan dan tidak menyambung FY1/FY2 di negara pengajian; atau

    (b) Setelah tamat FY2 jika pelajar meneruskan latihan Foundation Year setelah tamat tahun akhir kursus ijazah pertama perubatan di negara pengajian.

    ii. Kemudahan Tambang:

    a) Tambang satu hala akan dihulurkan kepada pelajar setelah menamatkan
    latihan jika tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat Foundation Year Program di negara pengajian.

    b) Bagi pelajar yang telah ditawarkan tempat dan meneruskan latihan ke
    peringkat Foundation Year 1 dan 2 di negara pengajian akan dihulurkan
    tambang dua hala setiap genap 2 tahun. Pelajar perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan tambang tersebut dan kelayakkan akan dinilai oleh pihak Unit Penuntut-Penuntut.

    C) PELAJAR YANG PERLU MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN (RESIT) DAN PELAJAR YANG PERLU MENGULANG TAHUN PENGAJIAN (REPEAT)

    a. Pelajar yang gagal tetapi diberi peluang oleh pihak universiti untuk menduduki peperiksaan ulangan (re-sit) adalah dinasihatkan untuk berada di United Kingdom sehingga keputusan peperiksaan ulangan diumumkan;

    b. Pelajar hendaklah memohon kebenaran kepada Unit Penuntut-Penuntut secepat yang mungkin dengan mengisikan Borang Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Ulangan (RESIT) yang boleh didapati daripada laman web www.upp.org.uk;

    c. Jika pelajar tidak ada memohon kebenaran awal untuk menduduki peperiksaan ulangan, kos pembayaran peperiksaan resit adalah di atas tanggungan pelajar sendiri;

    d. Pelajar-pelajar yang gagal pengajian dan perlu mengulang (repeat) hendaklah memaklumkan dan menghadapkan surat permohonan untuk mengulang dengan segeranya kepada Yang Mulia Pengarah Pengajian, Unit Penuntut-Penuntut untuk tindakan selanjutnya;

    e. Elaun sarahidup dan elaun perjalanan semasa tempoh mengulang hanya akan dibayar sekiranya mendapat kebenaran mengulang tahun pengajian daripada Kementerian Pendidikan.

    f. Permohonan untuk mengulang tahun pengajian (repeat) mestilah disertakan

    I. Surat sokongan / kebenaran daripada pihak universiti;
    II. Laporan akademik dan peratus kehadiran ke kuliah dari pihak universiti
    III. Transkrip keputusan;
    IV. Tempoh mengulang dan modul yang perlu diulang.

    D) PULANG KE TANAH AIR

    Semua Pelajar yang pulang bercuti sama ada atas tambang Kerajaan (Biennial Leave) atau persendirian hendaklah melaporkan diri di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya seminggu setelah berada di Brunei Darussalam. Pelajar-Pelajar hendaklah juga memaklumkan mengenai perkara ini kepada Unit Penuntut-Penuntut sebelum bertolak ke tanahair.


    Akhirnya Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan semua pelajar keberkatan dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

    Sekian untuk makluman dan perhatian bersama mengenainya.