MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER/PENGGAL 1 /2 / SESI PENGAJIAN 2017/2018 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT

09 February 2018

 Kepada: Semua Penerima Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan   

MEMUATNAIK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER/PENGGAL 1 /2 / SESI PENGAJIAN 2017/2018 DAN ACADEMIC PROGRESS REPORT  
 
Sukacita menarik perhatian semua penuntut berhubung perkara tersebut di atas.  
 
2. Selaras dengan fungsi utama Unit Penuntut-Penuntut untuk memastikan kemajuan akademik dan kesejahteraan semua penuntut di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland terutama kepada penerima Biasiswa kerajaan dan penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan untuk menghadapkan / memuatnaik keputusan peperiksaan semester / penggal pertama / kedua sesi pengajian 2017/2018 DAN Academic Progress Report (link) yang perlu dilengkapkan oleh Personal Tutor melalui UPP Online portal masing-masing bermula 01 March 2018 hingga 15 Mac 2018.  
 
3. Bagi mana-mana kursus yang tidak mempunyai peperiksaan bertulis (for none exam / research based,PhD Students) hendaklah juga menghadapkan Academic Progress Report yang telah dilengkapkan oleh Personal Tutor masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan di atas.  
 
4. Sekiranya Personal Tutor tidak memberikan kerjasama untuk melengkapkan Academic Progress Report, penuntut hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Penyelaras Akademik melalui emel ke ac@upp.org.uk dengan memberikan nama penuh Personal Tutor, jawatan dan alamat emel.
  
5. Sayugia jua diingatkan kepada setiap penuntut yang mempunyai sebarang masalah akademik mahupun kesejahteraan supaya akan terus menghubungi mana-mana pegawai Unit Penuntut-Penuntut dan tidak membiarkan sehingga masalah menjadi lebih serius yang mana boleh menjejaskan prestasi akademik terutama apabila menjelang peperiksaan akhir tahun.
    
6. Sila ambil perhatian bahawa Unit Penuntut Penuntut di London sedia membantu dalam apa jua cara yang kita boleh, sama ada secara akademik atau peribadi.   
7. Akhirnya, di doakan semoga semua penuntut-penuntut Brunei Darussalam di seluruh United Kingdom dan Republik Ireland akan berjaya menimba ilmu dan sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera.
Sekian. Wassalam
PAUTAN