Penuntut-Penuntut Biasiswa Kerajaan Yang Berkelayakan Menerima Tambang Kerajaan Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian / Cuti Biennial (Biennial Leave) dan Yang Dijangka Menyambung Pengajian Bagi Sesi 2018/2019

18 January 2018

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL. 04/2018


Kepada semua pelajar-pelajar biasiswa kerajaan yang berkelayakan menerima tambang kerajaan selepas tamat dua tahun pengajian/cuti biennial dan yang dijangka menyambung pengajian bagi sesi 2018/2019

Dengan hormat sukacita, dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan menerima tambang Kerajaan Selepas Tamat Dua Tahun Pengajian / Cuti Biennial bagi sesi 2017/2018, untuk menghadapkan borang berikut PADA atau SEBELUM 7hb MAC 2018:

  • Checklist (CBLF)
    • Flight Reservation Application Form (FRAF)
    • Borang Pengesahan Pembelian Tiket Secara Persendirian (FSBLE) *Jika berkenaan sahaja.
    • Borang Permohonan Pulang Sebelum Keputusan Peperiksaan (BLF).
    • Borang Penempatan Latihan Sementara (BPS).

Cara-cara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Mengisikan borang-borang CBLF, FRAF, FSBLE, BLF, BPS yang boleh didapati dalam pautan laman web upp.org.uk dan diemailkan kepada flightbooking@upp.org.uk.
    2. Para pelajar yang menggunakan penerbangan domestik British Airways, BERAT BAGASI diperuntukan adalah hanya 30kg. Kadar bayaran tambahan bagi bagasi yang melebihi kadar maksimum boleh didapati dengan melayari pautan laman web.
    3. Para pelajar dinasihatkan membuat tampahan tiket sekurang-kurangnya 4 BULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN
    4. Mulai tahun ini, borang penempatan latihan sementara (BPS) dimasukkan bersama borang tempahan tiket penerbangan. Pelajar adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengadapkan BPS bersama-sama dengan borang tempahan tiket. Sila rujuk surat permakluman bil 3/2018 bertarikh 10 Januari 2018 untuk makluman lanjut mengenai penempatan latihan sementara.

Sila rujuk kepada surat permakluman bil.04/2018 untuk makluman lanjut mengenai permohonan tambang cuti biennial bagi sesi 2017/2018.

Sekian disampaikan untuk maklum mengenainya.

Sekian, wassalam. 


PAUTAN