Permohonan Untuk Meninggi Tahap Pengajian Sesi 2018/ 2019 Bagi Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Dibawah Biasiswa KHEU (MORA)

01 May 2018

SURAT PEMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BILANGAN 14/2018

Kepada: Semua pelajar-pelajar dibawah Biasiswa KHEU

Permohonan Untuk Meninggi Tahap Pengajian Sesi 2018/ 2019 Bagi Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Dibawah Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama

Dengan hormat Surat Tawaran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bilangan: JPI/PK4(C)UB/06/2013 bertarikh: 20 Jamadilawal 1439H bersamaan 07 Februari 2018 (diterima UPP pada 20 March 2018) sukacita dirujuk.

  1. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tawaran adalah dibukakan kepada pelajar-pelajar Tahun Akhir dibawah Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang mengikuti pengajian di seluruh United Kingdom dan Ireland yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian masing-masing ke peringkat Ijazah Sarjana Lanjutan (Masters dan PhD) serta ikhtisas sama ada di Negara Brunei Darussalam atau di luar negeri bagi sesi akademik 2018/ 2019.

 

  1. Untuk makluman pelajar-pelajar, borang permohonan (Borang A) bagi permohonan Ijazah Masters / PhD hendaklah di hadapkan secara ‘hard copy (scanned)’ dan ‘soft copy (Ms Word)’ berserta dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Unit Penuntut-Penuntut melalui emel kepada academic@upp.org.uk selewat-lewatnya pada 30 Jun 2018 atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang: www.kheu.gov.bn

 

  1. Penuntut-penuntut adalah ditekankan untuk meneliti syarat-syarat permohonan terlebih dahulu dan memastikan borang yang dihantar adalah lengkap dengan salinan dokumen berkaitan disertakan bersama.

 

  1. Unit Penuntut-Penuntut tidak akan bertanggungjawab sekiranya borang-borang yang kurang lengkap tidak diterima atau disahkan oleh Jabatan Pengajian Islam.

    6  Syarat-syarat dan borang hardcopy serta softcopy disertakan bersama     pemakluman ini (link).

Sekian disampaikan untuk makluman dan perhatian para penuntut mengenainya.

“Keluargaku, Harapanku “

Wassalam

PAUTAN