Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Penuntut-Penuntut , Pegawai-Pegawai Kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga

27 November 2018

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 22/2018

 

Kepada:                Semua Pelajar, Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam di United Kingdom

 

 

MAJLIS BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA

DI UNITED KINGDOMTERDIRI DARIPADA PENUNTUT-PENUNTUT, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG BERTUGAS, BERKURSUS DAN DALAM PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA

 

Dengan hormat merujuk Permakluman Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom bilangan: BHCL:20/8 bertarikh 19 Rabiul Awal 1440/ 27 November 2018 mengenai perkara tersebut diatas.

 

Dalam hubungan ini, sukacita memaklumkan bahawa semua pelajar yang menerima biasiswa Kerajaan, Swasta dan Persendirian yang berdaftar di Unit Penuntut-Penuntut adalah diundang untuk hadir di Majlis tersebut yang akan diadakan Insya Allah seperti berikut:

 

                Tarikh    :               14 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 22 Disember 2018

                Hari        :               Sabtu

                Tempat :               London Hilton Park Lane Hotel

 

Sebagai persediaan awal sukacita memohon kerjasama daripada semua pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Secara online yang boleh dilayari dilaman web Unit Penuntut-penuntut di mbr.upp.org.uk tidak lewat pada Hari Rabu, 11 Rabiul Akhir 1440H bersamaan 19 Disember 2018, jam 12.00 tengah malam waktu United Kingdom kepada para penuntut yang menuntut di United Kingdom yang belum lagi berdaftar dengan Unit Penuntut- Penuntut, adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Unit Penuntut-Penuntut  untuk mendapatkan “UPP online login details”. 

 

Manakala bagi ibu bapa atau keluarga pelajar yang kebetulan sedang bercuti di United Kingdom adalah diundang untuk menghadiri Majlis tersebut. Mereka adalah dikehendaki juga untuk mendaftar melalui laman web berkenaan dibawah kategori Bruneian Visitors in the UK”.

 

Atas kerjasama yang diberikan, saya mewakili Ahli Jawatankuasa Majlis terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.

               

Qudwah Hasanah Teladan Kepimpinan

 

 

 

Pg Ali Shafie bin Pg Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut