Isu Kesihatan Mental Pelajar Brunei Di United Kingdom Dan Ireland

10 February 2019

SURAT PERMAKLUMAN UNIT PENUNTUT-PENUNTUT BIL 09/2019

 

KEPADA:     SEMUA PELAJAR YANG BERADA DI UNITED KINGDOM DAN    IRELAND

PER:           Isu Kesihatan Mental Pelajar Brunei Di United Kingdom Dan Ireland

Isu kesihatan mental adalah perkara yang bukan asing lagi terutama sekali dikalangan pelajar, apatah lagi bagi pelajar-pelajar Brunei yang berada jauh dari keluarga. Para pelajar harus peka mengenai dengan perkhidmatan Student Well Being yang ditawarkan oleh universiti masing-masing, seperti perkhidmatan kaunseling, stress management, talian perkhidmatan bantu diri dan sebagainya.

Unit Penuntut-Penuntut amat mengambil berat mengenai isu kesihatan mental yang boleh menjejaskan potensi akademik pelajar dan seterusnya membawa kegagalan. Oleh itu, sebagai langkah awal, Unit Penuntut-Penuntut ingin mengetahui statistik kesihatan mental para pelajar mengikut tadahan secara umum melalui online survey: Survey on Mental Health for Bruneian Students Studying in The UK and Ireland, yang diemelkan kepada setiap pelajar yang berdaftar dengan Unit Penuntut-Penuntut.

Sehubungan itu, diminta agar semua pelajar memberikan maklumat yang jujur dan betul ke arah sama-sama menangani isu kesihatan mental. Unit Penuntut-Penuntut tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sekian untuk makluman dan perhatian pelajar semua.

Wassalam.

MENJAYAKAN WAWASAN NEGARA

 

 

Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut

 

PAUTAN