Kemaskini Maklumat Peribadi Melalui UPP Online (Student Portal)

21 February 2019

Surat Pemakluman Unit Penuntut-Penuntut Bilangan 10/2019

Kepada Semua Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Ireland

 

Kemaskini Maklumat Peribadi Melalui UPP Online

 

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penuntut-Penuntut sedang beralih untuk menaik-taraf sistem pangkalan data pelajar di United Kingdom dan Ireland.

  1. Sehubungan itu, sebagaimana jua yang dimaklumi bahawa di antara misi Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam dan Unit Penuntut-Penuntut, London bukan sahaja untuk memberikan perkhidmatan malahan juga menjaga kesejahteraan setiap pelajar Negara Brunei Darussalam yang berada di seluruh United Kingdom dan Ireland.
  2. Dalam hubungan ini, unit ini sukacita memohon setiap penuntut untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan lengkap dari masa kesemasa terutama alamat tempat tinggal, nombor telefon dan alamat emel terkini, tempat pengajian, keterangan kesihatan NHS, keterangan pasport dan juga memuat-naik dokumen penting seperti salinan IC, Pasport, BRP, surat tawaran tempat pengajian, surat tawaran biasiswa, surat pendaftaran sebagai penuntut persendirian dan sebagainya melalui UPP Online untuk memastikan setiap maklumat yang disalurkan oleh Unit Penuntut-Penuntut kepada setiap penuntut adalah diterima dengan tepat.
  3. Dalam hal berkaitan, sukacita juga dipohonkan setiap penuntut untuk melengkapkan segala maklumat tersebut dengan seberapa segeranya. Ingin diingatkan jika sekiranya pelajar gagal melakukan dengan segera, ini akan menjejaskan rekod data pelajar dan data akan hilang di pangkalan data yang baru dan seterusnya kad pelajar juga akan menjadi tidak sah. Pelajar diingatkan bahawa tarikh akhir untuk mengemaskini data ialah pada 28 Februari 2019.
  4. Akhirnya, Unit Penuntut-Penuntut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama setiap penuntut dalam sama-sama menyalurkan maklumat peribadi yang lengkap dan terkini semata-mata sebagai langkah persediaan jika terjadi perkara yang diluar jangkaan dan memerlukan bantuan unit ini.

 

Sekian, Wassalam.

 

“Menjayakan Wawasan Negara”

 

 

Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas

Pengarah Pengajian

Unit Penuntut-Penuntut London

 

PAUTAN